Nuffnang Ads

Friday, June 28, 2013

Tamat sudah Latihan di GIATMARA RAUB!!!

Assalamualaikum WBT

Apa khabar? Hehehe.. alhamdulillah, saya dan rakan-rakan telah menamatkan zaman bujang... hehehe.. tak lah, kami telah menamatkan 6 bulan di GIATMARA Raub dan saya ambil Kursus Fashion dan Dressmaking dan saya sudah habis!!

Okay, baik, sekarang saya buka tempahan untuk baju raya. *verangan lebih. Takdelah, saya sekarang masih dalam proses belajar dan sekarang sedang mencuba membuat baju kurung dan melayu untuk diri sendiri dan keluarga, insyaAllah, lama sikit lagi, saya akan cuba amik tempahan.

Nak tahu my biggest critique sapa? Of course lah my family, kalau orang lain, mereka mungkin akan merasakan respect ke, tapi dalam keluarga, memang takde, bukan tka respect, cuma pendapat keluarga adalah yang paling jujur sekali. Seyes! hahaha.. that day, saya buat baju melayu modern warna pink *kain tu je ada, then, letak lah tribal pattern pada poket, akak saya cakap, warna dah cantik pink tu, tapi poket pelik! hahaha. i was laughing and did not say anything, Kalau dalam FND tu, kalau buat salah sikit, jawapannya adalah fashion. hahaha. sampai ke sudah fashion. kelas! hahaha

Kekdahnya, sebenarnya kami tak habis lagi, sebab ada exam yang perlu diambil. Bukan nak menyalahkan sesiapalah kan, tapi kalau rasa modul tu tak berapa nak habis, jangan pandai-pandai sangat, itu lah, ini lah, menyampah! menyusahkan orang lain!!! tau tak perkataan menyampah derived from the word 'sampah', okay, kalau tak tau, meh nak bagitau, perkataan menyampah derived from the word sampah, and sampah orang simpan tak? No no no, sampah orang tak simpan, sampah orang buat dalam tong sampah or tak pun, bakar terus, biar hilang di makan api, Huhuhuhu.. so, tapi kalau dah berhenti nak buat camne kan,..  ha? cakap sal sapa? Takde sapa, cakap sal kucing depan rumah yang dok berkeliaran ni, gatai sungguh, cam sampah! hahahah...

*as long as I did not mention any names, so, hahaha..

Baik, sepanjang saya berada di GIATMARA Raub, saya bukan hanya menjadi seorang pelatih GIATMARA Raub, saya dengan bangganya menyatakan, *riak!! hahaha,. takde lah, saya juga menjadi Setiausaha bagi Badan Perwakilan Pelatih, kalau kat U tu, jadi ca, MPP ar,, hehehe.. tapi skop dia lebih kecil, tapi tanggungjawab sama berat, serious! Memang berat! Dan tadi, saya sekali lagi dianugerahkan oleh tenaga pengajar sebagai Pelatih Terbaik Kursus Fashion and Dressmaking, Criteria?? Berbudi bahasa, hormat orang tua, calon suami, dan baik paras rupa! hahahaha. takde lah!! saya pun tak tahu, dengar-dengar criterianya adalah, pandai bersosial, tidak pemalu, suka bercakap, suka berlawak, ceria, baik, cantik, body menarik, *ehhh!!! tetiba! hahahaha...

Tak percaya? Meh tengok sijil yang disediakan oleh, *disediakan oleh amat penting yer, takut nanti kerja orang lain, orang lain tulis disediakan oleh, ibarat kata Lembu punya susu, sapi dapat nama, gitu ar. hahahha.. Yang menulis surat tersebut adalah, Puan Harmiza binti Zakaria,Kerani Eksekutif Tahap 3, ingat tu, walaupun dia adalah kerani, tetapi, ibarat kata, dia pemegang kunci GIATMARA Raub, *memang dia pegang kunci GIATMARA Raub pun, hahahaha... kalau takde dia, memang tak masuk la!! tengok, betapa pentingnya dia, and kalau takde dia, takde lah cikgu-cikgi serta staff2 nak tuntut claim. Nganga je laa...ngaaaaaa..... hahaha...

Okay, nak tengok gambar tadi kan?? ni haa...

Pelatih terbaik uolsss...hahaha

Jadi SU BPP.. hehehe
Okay, nak tidur lak, esok kena naik GIATMARA Raub jap, ada tugasan untuk disiapkan, nak kemas bengkel then sapu-sapu dan finishkan kerja yang tidak sempat disiapkan tadi, okay? hehehe..

Sambil-sambil tu, kalau rasa nak tempahan, baju, boleh lah PM saya, *hahahaha. tade-tade,, saya tipu je, saya masih tak yakin dengan kebolehan saya, tak perfect lagi, bila saya dah yakin nanti, saya iklankan eyh... ada kawan mintak buat jubah cecantik dan ala-ala muslimah gitu, insyaAllah, saya akan cuba usahakan. Jangan risau! Saya akan cuba...

Assalamualaikum WBT

p/s: Terbanyak bebel lak malam ni. heheheh

4 comments:

  1. ckup la sthun lebih ni mu belatih jahit. kumpul skills utk ak tmpah bju nikah aku nanti.. weee

    ReplyDelete
  2. Nadhirah Ahmad : haaa? Aduh.. kwang2.. kalau mung tu. senang je nak cari baju pun... kurus, slim, huhuh

    ReplyDelete
  3. Salam nak Tanya, kalau Kita buat kursus fashion 6 buln ni, sijil Kita tu dipanggil tahap 1&2 ke? Boleh tak Sambung tempat yg sama buat sijil tahap 3 & sterusnya..paling tinggi thp 5 kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam Nas Izzatie, okay, kalau belajar kat GiatMARA, kita akan diberikan Sijil sahaja ia tidaklah dipanggil tahap 1 or 2 sebab ia hanya 6 bulan, untuk kursus tahap-tahap ni, anda boleh masuk ke IKBN, IKM atau Kolej Komuniti, mereka ada menawarkan kursus-kursus seperti ini. Untuk maklumat lebih lanjut, lawat websites mereka. Okay? Good luck!

      Delete