Nuffnang Ads

Wednesday, June 12, 2013

Tujuan Belajar Menjahit yang sebenarnya...

Assalamualaikum WBT,

Tadi saya menonton cerita The Rachel Zoe Project or The Rachel Zoe kat beTV, best, tersangat best sebab menepati ciri-ciri yang saya suka. Lagipun, memang saya suka sangat benda-benda fashion tu, bukan apa, dapat tengok pun jadilah kan.. tahu diri tak berkemampuan. hahahaha.. sebab tu amik jahitan, so I could design for myself make clothes for myself. Hehehe.. nampak tak tujuan utama kat situ.

Okay, ada sebab kot saya suka menjahit dan ingin belajar menjahit. Okay, saya seorang yang berbadan yang besar dan dari dulu lagi, mencari sepasang baju adalah satu perkara yang mencabar dan adventurous. Memang mencabar sebab selalunya payah cari baju. Nak-nak cari kasut. ya Allah, fine, kaki saya saiz 11-12, ikut cutting kasut lah. Kalau time nak buka sekolah je, sampai ke KL cari kasut, paling dekat Bentong, semata-mata nak mencari kasut sebab saiz kaki besar. Bayangkanlah, mana lah ada kedai jual kasut sekolah saiz 12? kan? BATA pun takde wehh.. pening sungguh... saiz 10 pun kadang-kadang pun saya beli juga, dah takde saiz. nak buat camne kan?

Okay, berbalik kepada baju tadi, saya mempunyai badan yang agak besar, bukan agak lah kot, besarlah senang sikit, kadang-kadang bangga dengan badan, most of the time not. hehehe... selalunya nak cari baju melayu, masa dulu kan, takde lah nak hantar ke tailor ke apa ke kan... so, nak beli lah kat kedai baju cam orang biasa-biasa lah kununnya, selalunya abang saya dapat je baju yang fit dengan badan dia sebab dia dulu kecil, tapi kalau time saya lak, memang jarang dapat. Ada sekali tu, kena pilih baju kat tempat orang dewasa sebab memang takde saiz kat budak-budak under 12. Malu? Ada juga kadang-kadang sebab dulu orang cakap, 

"eh, baru 12 tahun, saiz baju dah beli orang besar."

Masa kecil dulu senyum je lah kang, tapi cuba cakap sekarang ni, memang free-free je lah saya jawab,

"eh? nak tanya sikit, mak bapak kau, bagi aku duit ke beli baju ni??"

Kan? harsh sangat ke? Please, takde yang kurang hajar kalau mulut orang lain camtu, please. Okay?

Itu lah dilemmanya, tapi memandangkan sekarang saya alhamdulillah, syukur kepada Allah, saya sudah pandai buat baju sendiri, cuma, mesin and other equipments lagi yang masih takde, tapi insyaAllah, raya ni, satu rumah ni akan dapat baju baru, insyaAllah, doakan kejayaan saya yer. 

Kalau difikirkan zaman dahulu, memang la kan? hahaha.. banyak perkara yang tidak difahami, bukan tak faham kot, cuma tak tercapai akal minda serta fikiran. hehehe.. Camtu lah..

So, ingat masa dulu untuk panduan masa sekarang dan masa depan. Okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: design clothes. nak buat clothing line sendiri. hahaha

4 comments:

  1. Rachel Zoe tu mmg bestttt kan. anak dia pon comelll hehehe

    ReplyDelete
  2. adzairdawati aka Mak Dara : kan!! sangat.. jap lagi nak tengok lagi. episode lain pulak.. anak dia. Skyler!! sky sky, comel sangat!!!! thanks sebab komen kat sini..hehe

    ReplyDelete
  3. Hello. And Bye.

    ReplyDelete