Nuffnang Ads

Saturday, July 6, 2013

Aktiviti Sabtu!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? mesti sihat kan? Alhamdulillah, jikalau anda sihat, saya pun mesti sihat, lagipun, saya baru je lepas makan nasi untuk lunch ni, itu menunjukkan betapa sihatnya saya, hahhaha.. tapi lunch makan banyak takpe kan? Jangan dinner jer kan? kan? kan? okay...hehehe

Baik, tadi mak saya ajak saya mengutip getah. Iya lah, tolong-menolong amalan mulia, nak-nak pulak mak ayah kita, lagi lahh kena tolong, tak gitu? Kalau kita anak tak tolong mak ayah, siapa lagi? Obama? tak kot, dia mestilah nak tolong mak ayah dia, Najib? Lagi lah taknya, mungkin la dengan beri bantuan, tapi takkan dia nak mengutip getah. Huhuhu. Rosmah? *malas cerita.

Tadi mak pergi dulu ke kebun sebab moto tayar tak berapa ada angin, then, saya pergi dengan kak saya. Dia hantar dulu, tapi melihatkan getah tu cam sikit je, cepat sikit tolong then, akak kutip getah sekali, senang. Sekejap je kutip, terus siap. hahaha.. then lepas siap, saya tolong akak pulak, dia kutip getah jugak, kutip getah kebun akak tu cam siksa sikit, bukit tinggi, tegak lak tu, dicampur dengan saya hanya memakai selipar, jadinya, agak tidak bersesuaian lah, tapi, ku gagahkan jugak, akhirnya, dengan 3-4 lagu dinyanyikan, dan diulang-ulang, siap! Getah beku siap dikutip. *lagu yang dinyanyikan adalah, Hero by Mariah Carey, I Have Nothing by Whitney Houston dan Awan Yang Terpilu by Ning Baizura. Haa.. semua vokal memantap, dinyanyikan oleh saya, lagi mantap. hahahha.. *jangan ditanya kemantapan, itu rahsia...

Then, lepas balik mandi bagai, g tengok anak-anak saya kat dalam reban. Comel dan, besar lak tu, kuat makan sekor-sekor. Ingat tak anak ayam saya aritu? Haaa.. mereka dah besar! nanti saya letakkan gambar mereka eyh? Kiut sangat dah! suka tengok, cadangannya nak disembelih nanti time raya, hehehhe.. nak buat rendang, takpun buat gulai lemak kuning dengan kentang, PON SEDAP!..


makde kata nak beli mesin untuk jahit baju time puasa ni, masih menunggu kepulangan beliau...

dah lah, ni nak kemas bilik jap, then saya update lagi eyh.

Assalamualaikum WBT

p/s: Takde gambar nak letak.

4 comments:

  1. Wah, nak tgok anak2 ayam tuh...

    ReplyDelete
  2. Teen Tna : hehehe.. nanti petang sikit saya tangkap gambar dorang eyh..hehehe..

    ReplyDelete
  3. mesti anak ayam tu membesar sama naik ngn bapak dia..huhuhu

    ReplyDelete
  4. Naz : hello.. ehem, bapak ayam tu kecik lah..comel jhe...

    ReplyDelete