Nuffnang Ads

Wednesday, July 17, 2013

Bonus untuk Penjawat Awam?

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, hari ni dapat update awal sikit. Tadi tolong kak-kak dan mak buat kuih untuk jualan. Hari ni jual mee goreng, nasi lemak, roti jala, cucur sayur kuah sos pedas, kuih gulung, kuih koci, agar-agar hijau. Banyak jugak kan? Alhamdulillah, dapat juga saya belajar buat kuih.

Okay, hari ni saya bangun awal sikit lepas sahur, sebab nak pergi beli barang. Basuh pinggan semua, then terus buat adunan segala-galanya untuk jualan. hehehe, seronok, dapat belajar masak. Heewhewhew..*nak masuk MasterChef la katakan. hahahha.. 

Okay, pernah tengok tak cerita P.Ramlee yang Ibrahim Pendek main buah dadu tu? Ingat tak? Cerita Ali Baba Bujang Lapok kan? okay, time yang dia main dadu tu, dia menipu kan? Satu kali okay lagi, kali kedua takkan lah tak tau kan? Kena kali ketiga, please lah kan. So, kalau kita apply kan scene tu dalam dunia realiti, macamne?

Pernah tak cam korang kena tipu ke? cam rasa kena tipu ke? pernah, kalau pernah, cuba selidik betul2, mana tahu, kan? kena tipu cam main dadu. Hahaha.. 

Baiklah, saya nak rehat kejap, sebab sakit badan lah, tak tau kenapa, nak kena pakai PB yang Nur jual ni kot. hehehe. *Nur, kalau ko baca ni, jangan marah eyh.. saya promote produk ko.

Tadi duk dengar kajian akan dibuat untuk memberikan bonus kepada penjawat awam. Bukan hendak menidakkan kehendak dan keperluan penjawat awam, saya pun ada sedara mara yang menjadi penjawat awam, tapi, instead of giving those bonuses to penjawat awam or kaji those things kan, kenapa tak dikaji pemberian subsidi kenapa semua Rakyat Malaysia. Bukan hendak membangkitkan sebarang provokasi, tetapi rasanya itu lebih baik.

Okay, saya faham, pemberian subsidi adalah bersifat berterusan tetapi tidak pemberian bonus. Pemberian bonus adalah bersifat berjangka. Maksudnya, ia ada masa-masanya, dan ia tidak berterusan. Tetapi, mengikut pemerhatian saya, Pengerusi CUEPACS selalu meminta kerajaan untuk mengkaji pemberian bonus SETIAP KALI musim perayaan. Kan? jadi, ia seolah-olah menjadi bersifat berterusan, kan? Tapi itu mungkin bergantung kepada budi bicara dan kajian terperinci yang akan dibuat oleh kerajaan. Mungkin pemberian bonus adalah lebih relevan, jadi bonus lah yang akan dinikmati oleh HANYA kakitangan kerajaan. Kan? Takpe, kita tetap kena isi minyak petrol untuk menggerakkan enjin. 

Harga ayam pun naik, tapi saya tengok kat pasaraya Tunas Manja, okay lah jugak,. RM7.99 or RM8.00 per kilo. Jadi, pergilah ke Pasaraya Tunas Manja yang berdekatan.

Dah lah, dah dekat kol 7.00 malam ni.

Assalamualaikum WBT

p/s: Selamat Berbuka.
p/s: Teringat masa kat MATIC dulu, time ni lah update blog. hahaha. kat komputer belakang.

2 comments:

  1. tau xpa..sikit-sikit bonus..tapi bukan semua keje rajin pun

    ReplyDelete
  2. Naz : hahah.. itu lah.. no comment.. *tetiba

    ReplyDelete