Nuffnang Ads

Saturday, July 13, 2013

Bukannya Salah Blogger Masakan! PLease!

Assalamualaikum WBT,

"Laaahhh... bulan-bulan puasa ni pun nak update sal makan ke? aduh.. buat aku terliur je.. takyah ar upload gambar makanan-makanan yang susah nak dapat,"

Ada jugak yang berfikiran camtu, iya lah kot, mungkin dorang ada masalah kot. Kalau tengok makanan jer, terus, nak makan, Helpp!!! tolong, orang camni kena bawak g hospital. Hahaha,,, bukan ke puasa mengajar kita erti kesabaran dan mengajar kita erti mengawal nafsu (makan, dan lain-lain). 

Saya tahu, ramai blogger yang post entry sal makanan, tapi itu forte mereka, kita tak boleh nak halang, lagipun, kalau tahu diri tu tak boleh nak menahan nafsu makan, janganlah buka blog mereka, senang. Dan kalau buka, jangan salahkan mereka, mereka tak bersalah LANGSUNG! niat mereka hendak berkongsi dan bukan berniat untuk membuat anda terliur atau apa. Jadi, salahkan diri sendiri kalau anda terliur dengan juadah yang mereka masak. Kalau anda juga ada blog dan blog ada fasal makanan all the time, takkan nak cerita sal kambing lak kan? Tak tau lah kalau ada yang terliur nak makan kambing lak kan? huhuhu...

Kalau nak marah, kenapa tak marahkan tv1 dan stesen tv lain yang menyiarkan pelbagai juadah untuk berbuka pada bulan puasa ni? Haaa.. camne tu? camne? So, ia semuanya berasas dari diri kita sendiri kan? Jangan salahkan godaan kalau diri sendiri tak kuat. Kan? *maaf, ini tidak termasuk dalam kes Aurat Wanita. Sekian!

Baiklah, ni nak cerita juadah berbuka saya tadi. Alhamdulillah, syukur kepada Allah sebab dengan rezeki yang diberikan, saya dapat berbuka dengan sempurna sekali, alhamdulillah, amin. Tadi satu keluarga ada, cuma, makde je takde sebab makde kan KL, kerja, so, takdelah makde. Tapi takpe, nanti dia balik lah kan. Juadah berbuka tadi teramat lah banyaknya, tapi takde lah cam nak makan 60 orang kan, nampak sangat lah menipunya. Hahaha...tadi kami ada, ikan cencaru dan ikan terubuk bakar *air asam dia termemang sedap!!! best sangat!, ada paru sambal, murtabak, gulai pucuk ubi, sayur air pucuk ubi cicah budu, dan pelagai kuih-muih untuk berbuka, tadi, 2 hari 2 malam makan pun belum tentu habis. Hahaha..*takdelah kidding je..

sekarang? Kenyang teramat dah ni!! tak lah boleh tidur ke tak.. hahaha.. tapi tadi kan, time tengahari tadi, memang panas sangat, tetapi Allah SWT sekarang tengah turunkan hujan, from berbuka tadi, sampai lah sekarang, tak berhenti-henti, Sejuk sangat sekarang, cam duduk lah Cameron Highlands dah, hehehe.., sejuk wooo.. tambahan kipas bagai, memang sejuklah... hehehe.. nak tidur lah..*ups! tapi perut masih kenyang!

okay lah, rasanya cukuplah untuk penutup hari ni, Ramadhan ke 4. hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: Baju mak, dah siap! dan ada beberapa baju je lagi, hehehe

No comments:

Post a Comment