Nuffnang Ads

Wednesday, July 10, 2013

Diari Ramadhan Akmal - Day One

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semuanya? Mesti ada semua berada di dalam keadaan yang sihat sejahtera.

Macamane dengan Puasa Pertama or lebih dipanggil dengan nama Puasa Tua. Alhamdulillah, saya lalui dengan baik sekali, anda bagaimana? Sekarang ni, saya tengah duduk-duduk dan melakukan banyak pemikiran yang menjamin tidur yang lena. Hahaha... boleh camtu?

Setiap tahun, bila tahun baru menjelma, pasti kita ada azam kan? Baik, bila bulan Ramadhan menjelma pun, kita ada azam dan harapan untuk dipenuhi kan? saya pun ada, selain memperbanyakkan amalan, *which memang selalu mencuba menjadi yang lebih baik, dan azam sampingan saya adalah cuba sedaya upaya untuk meminimumkan perbelanjaan supaya dalam mengelakkan pembaziran. Jimat lah kan? Disamping itu juga, saya juga akan cuba mengurangkan berat badan, *aduh.. mesti dah bosan dengar sal ni kan? huhuhu.. nyampah! hahahha.. wek!! 

Baik, saya juga akan mengaktifkan diari Ramadhan semula, rasanya tahun lepas tak berapa aktifkan, jadinya, untuk tahun ini, Diari Ramadhan Akmall akan diaktifkan, dan ini adalah entry pengaktifannya. Hehehe..

Baik, memandangkan azam telah bermula semalam, untuk menu hari ini, sepenuhnya bergantung kepada mak saya. Apa yang mak saya masak, itulah makanan saya, Im not cheapskate darling, tapi saya tak nak membazir. Mak saya masak untuk berbuka puasa tadi adalah, Gulai Asam Tempoyak Daging, Kerabu Pegaga, Nasi *of course, Sambal Perut, Bubur Jagung. Air cam biasa, Teh dan Tea'O. Tak banyak kali ni, tapi abang, kakak dan anak-anak sedara saya beli banyak jugak makanan.




Makanan beli di bazaar Ramadhan adalah : Ayam Percik Merah, Kuih Muih, Murtabak. Kami sekeluarga kenyang, saya tak makan sangat makanan beli tu, lainlah kalau saya betul-betul nak beli or terliur or makanan yang memang takde time bulan biasa. So, baru saya beli, kalau tak, tak jugak, malas lah. Hehehe..

Betulah orang kata, semakin kita tua or dewasa, semakin kita lebih matang or dewasa dalam memilih. *nak-nak bulan Ramadhan ni. Kami sekeluarga cam takde selera je, entah kenapa, kadang-kadang, masak nasi seperiuk sederhana pun tak berapa nak habis.

Tadi anak sedara saya umur 6 tahun tu berpuasa, mula-mula okay, balik sekolah pun okay jugak, tapi towards the end, dah dekat-dekat nak berbuka, dia menangis sebab lapar yang teramat sangat. Kesian pun ada, tapi nak buat camne, memang dia nak berpuasa, kalau tak, suruh je dia buka puasa. Kan? Tapi takpe, slow-slow, tarbiyyah. Lepas je makan, perut dia kembung... mungkin sebab lapar then terus masuk makanan kot, oleh itu,  minum or makan yang ringan dahulu, jangan terus makan nasi,kalau nak makan nasi boleh, tapi makesure, jangan makan 1 periuk terus, bukan apa, takut tak bangun untuk Maghrib kan? gitu.. hahah..

Okay lah, bermula sudah hari-hari puasa kita selama sebulan. Selamat berpuasa!!

Assalamualaikum WBT

p/s: Jangan lupa niat puasa!
p/s: :Nanti saya cuba bawakan anda Bazaar (kecik dan besar) Ramadhan yang saya akan lawati. Survey2 jer.. hehehe

No comments:

Post a Comment