Nuffnang Ads

Saturday, July 13, 2013

Diari Ramadhan - Day 3

Assalamualaikum WBT,

Time bulan puasa ni, memang berlambak rancangan tv yang memaparkan chef, yang tak berapa nak chef, artis-artis, selebriti-selebriti, yang tak berapa nak artis, yang tak berapa nak selebriti memasak untuk para penonton di Malaysia.

Tadi, saya sempat menyaksikan rancangan Ketuk-ketuk Ramadhan yan hostnya as usual, Sheila Rusly dan episod kali ini, menampilkan Fara Fauzana, DJ terkemuka Malaysia, *kelas kau Fafau, kereta BMW lagi.. haaa.. kan!

Masakan mereka biasa-biasa sahaja, tapi disebabkan rancangan tersebut dah ada nama, well, okay lah kan. Satu perkara yang saya suka sal rancangan ini adalah, ia memaparkan masakan yang mudah dan senang untuk dimasak. Takde lah menggunakan bahan-bahan yang susah nak dapat kat Malaysia ni kan, nak-nak kalau yang macam saya ni, duduk di Kampung Jenud yang tercinta ni, hehehe, kami takde shopping mall okay, sekian, terima kasih! hahaha..

Saya hari ni, tak makan banyak nasi, maklumlah, nak diet kan. hehehhe... bukan senang nak berpuasa. Saya kan, kalau time kol 4.30 - 5.30 petang camtu, perut mesti cam mengeluarkan asid. huhuhu, sakit gak kadang-kadang, tapi tahan je lah.. kan? takkan nak berbuka, tak cabaran lah camtu.

Saya berbuka hari dengan, satu keping kecil murtabak, air strawberi, potongan buah betik, lauk-lauk (meratah), ikan bakar, gulai asam tempoyak belulang, dan kuih keria *satu.

hahaha, mana lah tak kenyang, tapi semua serba sedikit, hehehe. small portions tapi bila kumpul, hamekaw!! kenyang setahun.

dah lah, mengantuk lah.,

Assalamualaikum WBT

p/s: Mesti bangun sahur!!

No comments:

Post a Comment