Nuffnang Ads

Saturday, July 20, 2013

Hak Publish Comments adalah Hak Blogger?

Assalamualaikum WBT,

Salam Ramadhan ke 11, hari ni dah 11 Ramadhan kan? Alangkah cepatnya masa berlalu, tak lama dah 15 Ramadhan, then, 20 Ramadhan, then 25 Ramadhan, then 30 Ramadhan, then, Raya. Sungguh cepat masa berlalu, itulah, kalau hari-hari diisi dengan banyak perkara, memang kita tidak terasa masa berlalu.

Baik, saya ada terbaca tulisan IWong berkenaan dengan approve comment dan dia bercakap mengenai hak. Baik, saya ceritakan cerita saya dahulu, masa saya mula-mula berblog dahulu, saya tidak buat moderate comment sebab saya tidak tahu bagaimana hendak membuatnya. Then, bila ada kawan saya Ayuni cakap, "kena buat moderate komen, baru senang kita nak detect". Saya pun buat dan alhamdulillah, saya gembira.

Dan tidak lama selepas itu, Malaysia dengan Jalur Lebar serta banyak case-case slander berlaku dan ia juga terkena kepada blog. Dengan hati yang senang, nasib baik sebab saya buat moderate komen. 

Iya, kebanyakkan blog tidak buat moderate comment sebab iya lah, mereka ada banyak commenters dan mungkin dorang tiada masa untuk approve kan komen tu. Tapi ingat, bila buat moderate comment, secara tidak langsung, kita boleh baca apa blogger lain komen kat entry kita tanpa kita membuka page entry kita sendiri, kan? Itu adalah salah satu sebabnya, tetapi sebab yang paling utama saya buat moderate comment adalah, untuk mengelakkan daripada komen-komen yang tidak elok dan mungkin ada unsur-unsur tidak baik. Ini penting, sebab cuba anda buka blog-blog yang tidak menggunakan moderate komen, ada sesetengah daripada komentar (anon) menggunakan bahasa yang kesat dan tidak elok, namun, ada juga daripada blogger yang menggunakan bahasa yang elok, memang tidak dinafikan. Tetapi, sediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik bukan?

Tapi, apa-apa pun, itu hak blogger penulis itu sendiri, macam saya, saya lebih suka baca apa yang ditulis oleh pengomen sebab itu lebih baik daripada publish saja-saja.

Tidak berniat untuk mengecilkan sesiapa, Ya Allah, tidak sekali, cuma, ini hanya pandangan saya. Kepada IWong, saya tidak sesekali ingin provoke ke apa, cuma inilah pandangan saya. Terima kasih.

Assalamualaikum WBT

p/s: :)

2 comments:

  1. Sebenarnya ada option di blog untuk menghantar komen ke emel. Jadi kita boleh notification terus ke emel tanpa perlu buka blog.

    Bagi saya, jika ingin merancakkan perbualan, lebih elok membiarkan komen tanpa ada sekatan sebelum terbit. Ini agar komentar yang mendatang juga boleh berinteraksi antara satu sama lain.

    Ya saya tahu akan ada akibatnya, tetapi saya suka menanggung risiko. Itu lebih mencabar. Cuba lihat blog Aidid Muadib. Rancak komentar di situ walaupun si Aidid sudah lama bersara. (boleh google blog dia)

    Namun, semua itu tertakluk kepada keserasian blogger tersebut. Dan saya memilih untuk bersikap terbuka terhadap komen.

    ReplyDelete
  2. IWong : betul tu, tapi mungkin apa yang saya praktikan tidak menepati spesifikasi sesetengah blogger, tapi mungkin saya akan mencuba apa yang dicadangkan, insyaALlah, jikalau ia menepati dengan citarasa saya, saya akan kekalkan. Terima kasih diatas komen tersebut dan dan terima kasih atas respon yang diberikan.

    ReplyDelete