Nuffnang Ads

Monday, July 22, 2013

Kalau Tak Puasa, JANGAN MAKAN DEPAN ORANG!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? mesti semua sihatkan? Alhamdulillah, saya pun sihat. Tadi saya naik giat kejap dan saya potong dah baju dan kain untuk baju raya makde. Hehehe.. cuma tinggal blouse dia aje, then esok nak pinjam mesin mak andak untuk jahit tepi. Hihu.. insyaAllah, segalanya akan siap tak lama lagi, saya cuma kena fokus untuk melakukan segala ini. Amin.

Baik, Kalau tak puasa, buat cara tak puasa okay? Harsh? Itu lah manusia, kalau harsh katakan terlampau harsh, habis tu, takkan nak berlembut kan? Bukan apa, otw balik tadi dari pasar ramadhan Dong, terserempak dengan beberapa orang anak muda yang selamba badak air kat Afrika makan kuih atas motor. Ya Allah, saya memang menyampah dengan perangai orang macam ni, kalau tak nak puasa sekali pun, JANGAN MAKAN DEPAN ORANG RAMAI!!! Okay? Please, behave. Kalau tak hormatkan orang sekali pun, Allah kan ada? Please.


Okay, pernah tak korang makan nasi ulam. Nasi ulam dalam rumah kami ni, kalau time puasa, memang syiok habis. Mak memang suka buat nasi ulam, hehehe... nasi ulam mak memang terbaik, apa-apa pun mak masak kan? mesti sedap, walaupun hanya telur dadar. Kan? Kan? Kasih sayang tu penting weh... 

Untuk nasi ulam kali ni, mak guna :

Daun manir
Daun serai kayu
Ikan masin
Garam
Santan 
Nasi

Haa... ini adalah resepinya. Nasi masak cam biasa, ikan masin digoreng cam biasa then carik-carikkan, amiklah isinya okay? Then, amik segala daun tu, dipotong halus-halus untuk kita tidak perlu menguyahnya dengan terlampau berkudrat sangat. Lepas potong tu, amik santan dan letakkan sedikit garam untuk rasa. 

Selepas itu, amik nasi yang dah masak tadi, letakkan ikan masin yang dah dicarik, daun-daun yang diricik halus, dan letakkan santan. Gaulkan bersama, jangan letak santan terlalu banyak, takut nanti, jadi bubur pulak, *tak sedap tau. Agak-agak sikit masa meletakkan santan. 

Bila dah siap, sedia untuk dihidangkan. kesedapan terserlah, tapi entahlah korang suka ke tak, tapi kalau saya, saya suka, mungkin saya budak kampung agaknya. hehehe..

Okay, esok akan potong baju lagi, insyaAllah, segalanya akan siap dalam minggu depan, 20 somethin ramadhan, siaplah baju-baju ni. AMin, doakan saya yer.

Assalamualaikum WBT

p/s: esok cam biasa, buat kuih. tolong akak, hehehe..

No comments:

Post a Comment