Nuffnang Ads

Thursday, July 25, 2013

Kita Pinjam Je Dari Anak Generasi Akan Datang, FAHAM??

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, tak lama lagi nak puasa kan? Rasa sedih pulak nak meninggalkan bulan Ramadhan. sejauh mana kita di bulan Ramadhan ni, huuuu.. 

Alhamdulillah, saya hari ni agak sibuk, seriously, pepagi dah pergi ke reban ayam untuk bagi makan ayam, and today, saya pergi bersihkan bahagian reban tu dan juga melakukan sedikit pembakaran *memang, saya tahu jerebu ni kan? Sorry. Pastu, amik anak sedara dari sekolah, pergi beli barang kat Benta, then, tengahari tu pergi bawak ayah pergi pejabar Felcra, balik rumah. Okay, mandi2 jap, rehat, pukul 4.15 petang, pergi bawak mak dengan ayah pergi Bazaar Ramadhan Kuala Lipis. Huhu,,habis masa dua jap kat situ, then, balik, berbuka. Cam biasa lah. malam lak, menjahit baju-bajan yang ada untuk raya. Sibuk tak disitu? Sibuk kan? Iyaa.. sangat sibuk. Kala PA Menteri Kerjaraya. Iya lah.kerja,, lepas kerja, raya. gitu lah..

Baik, saya hari ni sempat siapkan baju kaftan aka baju kelawar untuk akak cik saya, nanti saya letakkan dalam blog, sekrang ni memang tak sempat, nak fitting dulu, then baru amik gambar, cam orang sekarang ni. Siap je sesuatu, terus amik gambar letak dalam blog or instagram. gituuwww...

Okay, korang mesti pernah dengar sal Penerokaan Balak Di Daerah Bera kan? Huhu. 400 hektar kot, dan informasi yang saya dapat dalam Sinar Harian adalah sedikit menyedihkan, ada beberapa pihak yang bercakap di dalam surat khabar tersebut seolah-olah menyalahkan orang lain *pihak berkuasa dan kerajaan negeri seolah-olah menyalahkan Pejabat Perhutanan dek kerana penerokaan tanah haram tersebut. Dikatakan penerokaan itu telah dua tahun dibuat dan dalam gambar tersebut sudah ada anak-anak kelapa sawit yang ditanam oleh pihak yang meneroka. 

Saya fikir, wow.. hebatnya, takkan lah orang kampung tak nampak langsung, dan tidak melaporkan kepada pihak berkuasa dalam tempoh dua tahun tersebut? 

Banyak sangat ke duit yang diberikan kepada pihak-pihak tertentu untuk menutup segala aktiviti mereka selama dua tahun tersebut? Dikatakan hanya dua kilometer daripada tasik tadahan air Bera. DUA KILOMETER WEh!!! Ingat jauh? dekat jerr... dan penerokaan tersebut adalah 400 HEKTAR, bukan ekar, tapi HEKTAR!!! gila ya amat.. huhu...

Jadi, jikalau benda sebegini boleh berlaku kepada Tasik Bera, tolonglah tengok pulak Tasik Chini, Tasik Kenyir, dan tasik-tasik serta sungai-sungai lain. Janganlah dianaktirikan dan di binkan atas nama pembangunan. Kesian anak generasi akan datang. Nanti, lintah pun dorang tak tahu apa, terpaksa tengok dalam museum, kesian mereka. INGAT! kita pinjam je Malaysia ni daripada generasi akan datang, jangan ingat Malaysia dan dunia ni kita punya sampai bila-bila. Sebagaimana kita amik dari nenek moyang kita, begitulah kita kena bagi kepada anak generasi akan datang. Penambahbaikan adalah terbaik, tetapi, pemusnahan alam diatas nama pembangunan adalah tidak boleh diterima!

Dah lah, nak tidur lak.

Assalamualaikum WBT

p/s: Cahaya - Kris Dayanti.

No comments:

Post a Comment