Nuffnang Ads

Friday, July 5, 2013

Review : Sebenarnya Saya Isteri Dia. (Episod Akhir)

Assalamualaikum WBT,


Saya bukanlah peminat tegar drama Melayu, *there, I've said it! hahaha... tapi tadi tengok 2 minit terakhir cerita Sebenarnya Saya Isteri Dia, hahaha.. itu kira tahan lah tengok sekejap, kalau tak tengok langsung? camne? haaa... hahahha..

Okay, secara umumnya, lakonan Tiz Zaqyah memang best sangat, setiap dialognya dilantunkan dengan baik sekali, time sedih, dia sedih kaw-kaw, time cam gelabah+kelakar sikit, memang menjadi sangat!! nak-nak time tadi dia baru tahu yang Dato' tu ayah si suami dia tu, gelabah+kelakar nak mampus! hahaha. suka tengok. 

Okay, kalau nak cakap sal Izzue Islam lak, dia berlakon ada feel cuma, kadang-kadang tak sampai, entah lah, mungkin saya tak minat dia kot, rasa lebih appropriate kalau dia pakai janggut tu, nampak more handsome lah, mungkin nak menaikkan aura muda tu, dorang cukur kan, terus nampak muka budak-budak, hahahha. kelakar tapi, jujurnya, SSID adalah drama Melayu yang best dan out of 5 stars, I rate this drama with 4 1/2 stars. Slack kat orang jahat, yang entah hape2. sekian.

Mesti ada yang cakap, "Eyh? Tak tengok, tapi komen beria-ria".

Hello.. takkan i tak membaca kan? Dia datang dari novel cerita ni kan? so?  dadadadaa...

Tadi saya call mak cik saya dan mak cik saya tanya, 

"eyh, puasa ni menjahit dengan cikgu ke?", 

saya jawab,
 
"tak pun, jahit kat rumah je?"

mak cik tanya lagi,

"mesin jahit aritu dah elok ke?"

saya jawab,

"belum lagi, jahit kat kedai mak andak je lah".

mak cik tanya,

"dah tu nak beli mesin jahit?"

Sebenarnya, malu nak cakap iye, sebab aritu dia dah bagi duit suruh simpan untuk beli mesin, tapi, saya guna, so, malu dah nak cakap 'nak'. Huhu. iya, saya ada juga rasa malu. 

Assalamualaikum WBT

p/s: Mak cik yang amat memahami. hehehe

No comments:

Post a Comment