Nuffnang Ads

Saturday, July 27, 2013

Ribut Kencang di Kampung Jenud.

Assalamualaikum WBT,

Ya Allah, tadi kan, pada pukul 6.00 petang, ada ribut kuat di Kampung saya yang nyaris menyebabkan kerosakkan teruk dan ini sekarang pun masih hujan lebat. Saya sedang bermain dengan komputer berasa amat takut sekali. Sehinggakan saya menjerit La ilaha illah, muhammad rasulullah. Beberapa kali. Sungguh menakutkan, betapa hebatnya kuasa Allah, sesungguhnya kami adalah hamba Mu yang kerdil. 



Tadi angin kuat berserta dengan hujan lebat hingga menyebabkan rabung atap rumah kami macam nak terbang, nasib baik tidak kuat, kalau kuat, mungkin air masuk ke dalam rumah. Ya Allah, saya ada dalam bilik, dan semasa angin kuat tadi tu, saya nampak rabung rumah saya tu macam nak terbang, itu yang saya menjerit nama Allah tu, ya Allah, selamatkanlah kami. Saya takut. Iya, saya takut. 

Sekarang, hujan masih lagi mencurah-curah, kilat dan guruh ada, sungguh takut. Terasa betapa kerdilnya diri ini.

Assalamualaikum WBT

p/s: Risau, takut.

No comments:

Post a Comment