Nuffnang Ads

Wednesday, July 10, 2013

Salaam Ramadhan, Layakkah Kita?

Assalamualaikum WBT,

Anda semua sihat kan? Esok dah puasa!! yeay!!! Ramadhan datang kembali dengan penuh cahaya keimanan cukup untuk kita umat Islam. Cahaya iman Allah SWT sentiasa mencukupi untuk kita umat Islam, janganlah anda ragu-ragu fasal hal tersebut.

Baik, kita tahu diri kita siapakan? Cuma yang kita tidak tahu, fasal diri orang lain. Saya selalu tengok FB, kadang-kadang kawan orang lain komen kat post yang kita komen, mutual friend lah. Okay baik, kita ada nama kan? Kenapa kita nak guna nama orang lain, kalau orang yang kita kenal tu takpe lah, ini yang kita sendiri tak kenal,*nama sikit punya hebat, baik, mulia then gambar tak sync. Sumpah pelik.

Sebagai contoh, nama yang paling hebat sekali digunakan secara sewenang-wenangnya adalah Uwais Al-Qarni. Mungkin ada yang tidak membawa sirah Uwais, tetapi, sudah pasti ramai yang telah membacanya bukan? Secara ringkasnya, Uwais Al-Qarni adalah seorang pemuda yang amat terkenal dalam kalangan penduduk langit. *Jangan bayangkan penduduk langit tersebut, bimbang akidah terbatal. Bahaya, cukuplah kita tahu dengan alam ghaib. Baik, Uwais adalah seorang yang amat taat dengan perintah Allah, sebelum lahir lagi nama Uwais telah disebut-sebut. Segala perintah Allah dilaksanakan dengan baik dan jujur dan segala larangan Allah dituruti tanpa ada rasa canggah dalam dirinya.Baik, kalau anda semua hendak membaca kisahnya, cuba cari dalam internet, banyak, tetapi, bacalah dengan hati yang terbuka dan semak dahulu sumber blog tersebut. 

Hebat tak Uwais Al-Qarni? Hebat bukan? Adakah kita sehebat Uwais? Sedikit pun tak kan? Taatkah kita dengan SEGALA Perintah dan larangan Allah? Taat? Tak? Tanya diri sendiri, mesti dapat jawapannya. *saya jujur mengaku, saya bukanlah seorang Muslim yang sejati, tetapi jalan untuk berubah sentiasa saya tebas untuk berubah. Amin.

Sehubungan dengan itu, janganlah kita guna nama mereka yang baik, mulia, nama kita sendiri kan ada, gunalah, dah lah tukar nama tu, diletaknya pulak gambar kartun. MasyaAllah, kenapa lah? Aduh, pening, Takkanlah nama Uwais Al_Qarni tu berwatak kartun ciptaan Manusia? fikirlah, fikir. jangan tak fikir. Tak salah berfikir, kan?

Dah lah, esok nak sahur, saya nak bangun, ambil sunat. hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: Sahur nak makan apa???

2 comments:

  1. Uwais Al Qarni, nama surau kat UiTM Jengka....

    ReplyDelete
  2. Cantik kan kalau dinamakan tempat suci camtu,, tapi ini nama orang dinamakan sedemikian rupa, nk2 dalm social media ni, beragak la sikit. kan? aduh...

    ReplyDelete