Nuffnang Ads

MY BELOVED FOLLOWERS

Monday, July 15, 2013

Salah Siapa Harga Ayam Naik?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Alhamdulillah, selesai sudah Ramadhan yang ke 6, sedar tak sedar sedara, esok kita dah masuk hari ke-7, maksudnya, dah seminggu kita menjalani ibadah puasa. Alhamdulillah, dan esok adalah hari ke 7 Bazaar Ramadhan dibuka di seluruh negara. 

Pernah terfikir tak akan benda-benda ni,

1. Berapa tan makanan yang tidak habis dibuang ke dalam tong sampah?
2. Berapa tan plastik beg yang digunakan oleh rakyat Malaysia ketika ke Bazaar Ramadhan?

Cukup lah dua soalan tu, kalau banyak-banyak, susah lak nanti nak jawab. 

Okay, saya tidak tau akan berapa tan untuk kedua-dua soalan tersebut, maaf.

Tapi, satu lagi isu hebat diperkata SETIAP perayaan, kenaikan harga syiling setiap barangan kawalan, terutamanya, AYAM! Ya Ampun, hari tu, saya pergi beli ayam dengan kakak sebab nak buat nasi ayam kan, okay lah, tangan gatal, amik lah dua ekor ayam daging tu, satu besar dabak dan satu lagi agak diet sikit. Fine, timbang, dua ekor RM30++. Okay, takpe, dekat 4 kilo lah kot, gitu lah agaknya. Lepas potong-potong, dan dibersihkan, akak saya pun bayar, then, saya amik ayam tersebut dan tanya, "Berapa dik sekilo ayam ni?", dia jawab, "RM 9". Terkejut dan terus beredar.


Banyak pertanyaan bermain di dalam benak fikiran saya, kenapa mahal sangat? Sampai RM9 sekilo? Bukan ke aritu harga ayam RM7++ sekilo? kan? Sebaik sahaja saya sampai dirumah, berita pun keluar, "Kenaikan harga ayam berpunca.....", saya senyum sinis dan bercakap, "bukan tahun lepas alasan sama ke?"

Sedih juga kadang-kadang, bagi cam saya ni takpe lah, ayam di tak berapa makan sangat, kalau makan nasi ayam tu, makan lah ayamnya, takkan pesan nasi ayam takde ayam kan? So, kenaikan harga ayam telah mencetuskan huru-hara dalam kalangan lingkungan peniaga, pembekal, pembeli. Pembeli menyalahkan peniaga, peniaga menyalahkan pembekal dan pembekal menyalahkan kerajaan. Sebenarnya, salah siapa?

Saya jarang sikit makan ayam, tapi jawapan menteri, 'Jangan makan ayam' tu agak keterlaluan, memang ia bukan keperluan, tetapi cara jawapan menunjukkan kebijaksanaan. Betul, bukan senang hendak menguruskan kewangan dan aliran masuk/keluar wang negara, tetapi, kepercayaan diberikan oleh rakyat, jadi gunakanlah dengan sebaik mungkin. Jikalau tidak mampu, itu adalah common sense. Kan? Tahu jawapannya apa kan? Tetapi, ada lagi masa untuk perbaiki kesalahan, buktikan kepada semua, menteri tersebut mampu untuk memperbetulkan keadaan, bukan apa, tiada lantikan main-main dalam kabinet mahupun dalam dewan rakyat. Betul kan?

Tapi apa-apa pun, insyaAllah, harga ayam ini akan turun dan berapa turunnya, saya tidak tahu, tapi insyaAllah, ia akan turun. Amin, kita berdoa agar ia diturunkan. Berdoalah ketika bulan Ramadhan ni, dengan izin Allah, ia dimakbulkan.

Tapi ada jugak yang ingin melancarkan kempen boikot ayam, hehe, nak buat boleh. Sebab, kalau ikut dalam keluk ekonomi, kurang permintaan *ekoran boikot tapi ada banyak penawaran ayam *dari pembekal dan peniaga, jadi harga ayam akan turun, tetapi bila ada banyak permintaan tetapi penawaran ada sikit, itu yang membuatkan harga ayam melambung-lambung tuh. HUhuhu..

Baiklah, rasanya itu boleh dijadikan penutup untuk hari ini. esok sambung lagi yer.

Assalamualaikum WBT

p/s: Tadi beri mak minum air teh halia, sebab dia cakap, perut banyak angin. hehehe.. mak minum jugak, selepas dipaksa.

No comments:

Post a Comment