Nuffnang Ads

Sunday, July 7, 2013

Sehari Bersama Keluarga di Cameron Highlands 7 July 2013.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar di hari Ahad yang sungguh indah ini. Maaflah sebab terlambat update, bukan apa, nak je update kat Cameron Highlands tadi, *yer, saya pergi, dengan keluarga, tapi itu lah, takde line mak oii!! Pelik serta heran saya, kat tempat peranginan punya hebat macam Cameron Highlands tu pun takde line, harap Menteri Pelancongan dan Kebudayaan take note lah, kerjasamalah dengan Menteri Penerangan dan Menteri yang jaga Komunikasi tu, jangan goyang kaki je okay? Thanks! Muah!!

Baik, tadi kami pergi pukul 8.00 pagi, dan makan masa lebih dua jam dan sampai di Cameron Highlands pada pukul 10.20 pagi camtu, then, jalan agak sesak, terus kami pergi ke Big Red Strawberry Farm, mak oiii.. mendaki bukit, hebat woooo... then, lepas makan salad, dan pelbagai lagi produk yang berasaskan sayur dan strawberry, kami pergi turun ke pasar Brinchang, malangnya pasar takde lagi, pasar malamnya, tapi sorang-sorang penuh tangan, Apacer? hahaha.. takut tengok tangan, penuh plastik berisi sayuran fresh Cameron Highlands. Itu tak pergi ke Kea Farm, kalau pergi, memang penuh lah tangan. Seyes! hahaha..

Kami tak pergi Kea Farm sebab kereta ada mengalami sedikit masalah, So, kami stay je sekejap kat Pasar Brinchang, yang dekat Barrack Polis tu, *rasanya lah, then, kami ronda-ronda. 

Okay, selepas pasar tu, kami pergi ke Taman yang dekat  stesen bas tu, kami duduk-duduk, borak-borak, cakap-cakap, dan budak-budak pergi main pelbagai alatan permainan yang ada kat situ. Seronok sungguh dorang, kami duduk-duduk je menghirup udara segar dan sejuk. Alhamdulillah.

Adik beradik.
OTW balik, kami singgah di Bee Farm sebab abang mok nak beli madu. Honey Stick tu, dia kata sebab senang nak makan, lagipun, murah jugak lah, 1 stick tu RM1.00, so, murah kan? hehehe.. nak pergi Ladang Boh, tapi aunty tu cakap dah tutup lau kol 5 petang. So, kami terus je balik.

Seronok jugak, tapi insyaAllah, kami akan pergi lagi untuk mendapatkan banyak lagi sayur dan benih-benih bunga, *yaa.. memang kami amik benih bunga yang kat taman tu, siap cabut lagi anak benih bunga tasbih. Bukan jenayah yer, kami nak berkongsi jer. hehehe..

dah lah, nak tidur ni, sebab letih sangat, sok nak kena kuar lagi.

Assalamualaikum WBT

p/s: sakit perut lak makan banyak sangat stoberi.
p/s: Kenapa lak saya ternampak lebih besar dalam gambar tu,,. huuuu

No comments:

Post a Comment