Nuffnang Ads

Saturday, July 20, 2013

Semoga Roh Mereka Ditempatkan Dalam Kalangan Orang Yang Beriman.

Assalamualaikum WBT

Apa khabar? InsyaAllah, semua akan sihat hendaknya.

Banyak perkara yang berlaku dalam dua tiga hari ni. Seriously. Tadi ada baca berita fasal kematian adik Iris yang sungguh tragedi. Mak dia terlupa yang anak dia berada di dalam kereta. Saya tidak dapat bayangkan betapa rananya hati emaknya tatkala melihat anaknya yang terkulai layu tidak bernyawa. Ya Allah, ampunkan dosanya, sesungguh dia terlupa akan anaknya, sesungguhnya tidaklah dia ingin anaknya sebegitu. Namun, Kamu lebih menyayangi Iris. Semoga emak dan keluarga adik Iris tabah menerima ketentuan Allah SWT, tambahan pulak sekarang adalah bulan Ramadhan, banyakkanlah berdoa semoga segala kesalahan diampunkan oleh Allah SWT. Semoga adik Iris ditempatkan dalam kalangan hamba-hambaNya yang soleh dan solehah. Amin.

Begitu juga dengan peristiwa kerosakan lif. Adik Amir yang menjadi mangsa, Ya Allah, tatkala saya mendengar berita ini dan membacanya di dalam Sinar Harian, hati berkata, "Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa adik Amir ini kerana sesunguhnya, tidaklah dia ingin kejadian sebegini berlaku kepadanya". Saya turut merasa kesedihannya. Ya. Tidak juga saya dapat bayangkan betapa remuknya hati emak Amir yang melihat tubuh anaknya terbujur tidak bernyawa di dalam lif. Sampai pengsan maknya mendengar tentang berita kematian anaknya yang sungguh menyayat hati. Semoga emak dan keluarga adik Amir tenang dan terimalah ketentuan Allah SWT, sesungguhnya Allah lebih menyayangi adik Amir. Semoga adik Amir ditempatkan dalam kalangan hamba-hambanya yang soleh dan solehah. Amin.

Sesungguhnya banyak lagi berita-berita kematian dan musibah yang berlaku dalam Malaysia, khususnya dan dunia, amnya. Tetapi, kita sebagai hambaNya hendaklah sentiasa tabah menghadapi dugaanNya. Semoga kita diberikan iman yang teguh untuk menghadapi segala dugaan Allah. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: entah kenapa, hati ini sedih mengenang dua berita ini.

No comments:

Post a Comment