Nuffnang Ads

Tuesday, July 30, 2013

Sibuk Punya Fasal, Sampai Tak Sempat Nak Update Blog.

Assalamualaikum WBT,

Rindunya nak update, tapi malangnya sibuk sangat, tak lama nak raya kan? so, banyak perkara yang perlu saya settle kan. Tadi, saya pergi bayar bil tunggakan yang tertunggak selama beberapa bulan, urmm.. 5 bulan kot, Bill broadband, celcom Broadband. jumlahnya adalah RM129.15. Hahaha. sampai surat peguam bagai, hihu. tu yang ketar sikit tu, kalau tak, saya biarkan je. Biarkan bukan tak nak bayar, cuma, hehehe... okay, next cerita.

Alhamdulillah, sempena bulan Ramadhan yang tak lama nak meninggalkan kita, *sayu rasa hati. Ramadhan adalah bulan yang mulia, cuma, kadang-kadang, manusia yang tidak mulia. Saya akui, saya pun tidak seaktif dulu ketika bulan Ramadhan. Kalau dulu, kemain lagi ke surau untuk mengerjakan ibadah, tapi mungkin usia meningkat muda remaja, hati memberontak melalaikan diri ku ini? Entahlah, semoga Allah masih menyayangi hamba-Nya yang hina ini. Amin.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, saya sudah hampir menyiapkan baju kedua-dua anak sedara saya, baju melayu, yang seorang lagi tu, tak potong lagi, tapi insyaAllah, esok saya akan potongkan dengan kadar yang segera. Hehehe. They are my very first customers, ever! tengok lah, kalau depa suka pakai, depa pakai, hahaha. Selalunya hari Raya pertama akan pakai baju Melayu, tapi saya, rasanya, hari-hari nak pakai baju melayu, sebab tahun ni banyak sangat baju melayu yang dibuat tapi tak pakai, hihu.... sengal kan? Nak sedekah, mana ada orang lain saiz badan saya yang comel lagi taff ni. hahahha.. *urrwweeekkk...

Dah lah, saya ni nak menyambung jahit baju melayu ni, at least siapkan malam ni satu, cantum je.

Assalamualaikum WBT

p/s: Baju melayu teluk belanga jer. hehehe..

No comments:

Post a Comment