Nuffnang Ads

Sunday, August 11, 2013

Beraya ke Rumah cikgu-cikgu lama Sekolah Menengah Kuala Atok Class 95'-00'.

Assalamualaikum WBT,

Hidup di dunia ni kalau tak berkawan memang susah. Itu tajuk kita pada petang ini. Bukan apa, tadi saya pergi beraya dengan kawan-kawan serta kembar saya, yang perginya, saya, kembar, Laila, Imah, Eggy, Zeli dan Ainuddin serta Elah dan keluarga. Itu jelah, ada ramai lagi tapi mungkin mereka ada hal, ada yang buat family day during this hari raya, ada yang sibuk with things that they think are far more important than friends. Whatever, as long as you tak mintak duit dengan saya and family, sudah! itu sudah baik. 

Kan saya ada post sal keputusan Malaysia menentang Barcelona FC last night kan? Well, I am so sorry for the kesalahan yang saya buat, Iya, sepatutnya 1-3, dan iya, Amri Yahya menjaringkan gol 'kemenangan' tu. Okay, saya mintak maaf. Okay? Fine? Thank you very much. 

Okay, baik, berbalik kepada pengalaman berhari raya yang sememangnya agak hebat untuk tahun ini. Seawal 10.30 pagi saya dan kawan-kawan telah pergi beraya ke rumah cikgu-cikgu kami sewaktu kami bersekolah di sekolah rendah dahulu, Sekolah Kebangsaan Kuala Atok Kelas 95-00, haa.. itu lah kelas kami. Alhamdulillah. Amin.

Mula-mula kami pergi ke rumah Guru Besar kami di Kampung Dong, Cikgu Ghazali, haa...lama jugak di jadi guru besar tadi kami pergi rumah dia, keadaan agak pagi kan, so kami makan kuih je lah... hahaha.. lepas tu, kami pergi ke rumah cikgu Hishamuddin Lan dan kat situ saya dan Laila pergi ke rumah kawan kami masa bersekolah agama dahulu, Ayuni, borak-borak jap, dan kebetulan dia nak pergi ke rumah saudaranya di Benta, so, kami sekejap jelah. Then after that, terus pergi rumah cikgu Hishamuddin Lan, makan pulak kat situ pecal. kenyang saya!!! hahahha.. kuah pedas sikit tapi manis, sedap! suka!

Then. kami pergi ke rumah Cikgu Zaharuddin, rumah bapaknya pun yadoi, besar nak mampus! ter ber! gila kentang cipsmore! sekian terima kasih! kan, gitu! *memang terbesar di kawasan area kampung lah, tak dapat den nak nolong eyh! hahahha.. kat situ, kami makan kuih muih, tetapi!, cikgu zahar ajak kami makan kenduri di rumah sebelahnya!! ha... kenyang pulak kat situ, walaupun makan sikit je, tapi ya Ampun, kenyang! sesudah makan kat situ lak, kami pergi beraya di rumah cikgu Subri bin Basiron, makan lagi kat situ!! roti jala dan mee kari, Saya makan roti jala jer, mee kari tak makan, sebab kenyang nak mampus! hahahah... 

Last house? Kami pergi beraya ke rumah Elly kat Kampung Sejuk. Makan kuih je, tapi sebenarnya, dapat melawat dan bergelak ketawa dengan kawan-kawan lama, cikgu-cikgu lama yang tak berjumpa membuatkan kita berasa seperti berada di zaman yang lalu, zaman di mana kami sedang melompat-lompat keriangan dan masih innocent. HUahuahua.. sekarang? Tak innocent mana dah, semua tahu! hahaha..

aduh,, nak post gambar sikit tapi malangnya, payah no nak masuk dalam komputer. kena berperang bagai, tak nak lah, payah!!! dah la, itu lah pengalaman untuk hari raya ke 4, orang dah balik kerja, kami duk beraya lagi!! hahahha.. sengal!

Assalamualaikum WBT

p/s: Seronok gak!!

No comments:

Post a Comment