Nuffnang Ads

Friday, August 2, 2013

Dua Hari Takde Air Rasa Cam Takde Kehidupan!

Assalamualaikum WBT,

Esok dah hari Jumaat, dan esok adalah Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan untuk kali ini. InsyaAllah, jikalau diizinkan oleh Allah, kita sama-sama hadiri masjid esok yer. 

Okay, semalam dah hari ni, kampung saya dan sekitar tiada air, TANPA sebarang notis. Sebab apa? Entah, Ziana Zain pun tak tau kenapa takde air. Ebby Yus lagi lah tak tahunya, tak tau la kalau Britney Spears tahu kenapa takde air JBA ni, mungkin Britney Spears berpakat dengan JBA kot, entahlah.

Baik, esok juga akan diadakan Majlis Berbuka Puasa bersama YAM Tengku Mahkota Pahang yang akan diadakan di Masjid Kampung Kuala Atok. Masjid dah dicat baru wehh.. jalan dah ditar molek weehh.. segalanya telah dinaiktarafkan, hebat kuasa DiRaja ni. Takut saya. Seyes. 

Kalau Royals nak datang je, segalanya mungkin. * cam iklan dah rasanya.

Bukan nak menyalahkan mereka, cuma, kadang-kadang, pengurusan dan pentadbiran ni teruk sangat, takkan lah the Royals and the big guns nak turun baru nak buat penaiktarafan, kalau time tu ada duit, dah tu, ke mana perginya duit-duit lain sebelum ni kan? itu membuatkan diri bertanya dengan lebih rancak lagi. Ingin tahu membuak-buak. Ignorance is bliss? well, not in this matter. Sometimes, there are things need to be explained. Janganlah cakap takde air sebab buat pembersihan paip ke, apa ke, sebab dah tu, sebelum ni, kenapa tak bersihkan, kepada tunggu bulan Puasa dan Raja nak datang baru bersih kan? Tak ke itu mendatangkan rasa kurang senang, kan? *I personally blamed the pentadbiran dan pengurusan for not working up to the standard.

So, sekarang ada lah air, adalah sebesar air kencing. *harsh? Kenyataan memang menyakitkan. Seriously dan pinggan mangkuk yang menantikan air tersebut adalah dalam 14 besen. Iya, semua pinggan mangkuk, gelas, cawan telah digunakan disebabkan ketiadaan air. Menyakitkan. Yang letihnya, takde notis tu, kalau ada notis, boleh kami bersiap sedia untuk menghadapi perkara ini. Ini tidak, takde apa-apa, terus takde air. Sedih betul. Lagipun, sekarang kita bukan duduk dan tinggal di dalam hutan yang mempunyai sumber air bersih macam dulu. Sekarang, sumber air telah tercemar. Nak minum air parit? huhuhuhu.. tidaklah saya. Air keruh, ikan pun lemas. huhuhu...

Uish, terbanyak pulak membebel. Baju raya saya dah nak siap, cuma beberapa finishing touches. hehehe. *baju abang mok tak potong lagi, cadangannya esok saya nak potong. InsyaAllah, sangat sempat! hehehe.. 

Dah lah, mengantuk lah.

Assalamualaikum WBT

p/s: Nanti bila dorang bergambar pagi raya, saya post gambar dorang. hehe,, okay? 

No comments:

Post a Comment