Nuffnang Ads

Sunday, August 18, 2013

Jangan Mengainaya Haiwan!!!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar? Maaf, lambat update hari ni. Tapi hari ni dah hari baru kan. InsyaAllah.

Baik, setiap orang ada favourite dorang masing-masing kan? Ada yang suka kucing, ada yang tak suka kucing, ada yang suka harimau, ada yang tak suka harimau, ada yang suka bela haiwan, ada yang tak suka bela haiwan. Baik, itu adalah kemahuan masing-masing, takde sapa yang boleh halang.

TAPI! TAPI! TAPI! 

Yang mempunyai akal seperti kita, manusia ni, yang dijadikan Allah, ada akal fikiran, pergi seksa binatang tu apahal???? Saya mengaku, saya bukan tak suka kucing, dan tidak juga menyukainya sampai memelihara haiwan tersebut. Bukan apa, kami dulu pernah bela kucing, tapi ayah saya tak berapa suka kucing, jadinya, untuk mengelakkan apa-apa berlaku, kami memutuskan untuk tidak membela kucing. Tapi, tidaklah saya membenci kucing sampai membuat perkara-perkara yang tak masuk dek akal fikiran seperti  yang dipaparkan di Blog Que Achmad . Saya memang takkan tengok lah video-video camni, kepada yang kuat semangat, hati cekal, mampu untuk melihat kekejaman manusia yang kononnya membunuh dan menyiksa kucing untuk tujuan hiburan, dipersilakan. Tidak saya menghalang, tapi kepada yang lemah dan tidak mampu, jangan! Jangan sesekali tengok, click boleh tapi jangan click video tu. 







Saya memang tak terbayang menyembelih kucing untuk suka-suka. *maaf, sembelih ayam dan haiwan untuk makan itu lain. Jangan persoalkan yang itu. Saya yang pelihara ayam ni pun sayang kat dorang, tak terbayang kalau dorang disembelih. Lama dah saya bela, huhu.. dari kecil sampai sekarang. Dorang dah jinak dengan saya, tak tau la camne nanti. 

Baik, untuk pengajaran, kita semua hidup dalam dunia ni ada tujuan masing-masing, tapi tujuan utama adalah untuk beribadat kepada Allah tetapi jangan dilupa, kita hidup dalam dunia ni, bukan manusia sahaja yang hidup, ada haiwan dan makhluk-makhluk Allah yang lain hidup dalam dunia ni. Kucing, anjing juga adalah makhluk Allah, jadi, kalau dorang tak kacau kita, yang kita nak kacau dorang untuk suka-suka tu APAHAL????? ha? takde otak? ke otak korang kena sedut dek kucing tu? kena sedut dek anjing tu? Please lah, dorang pun nak hidup.

Ingat balasan Allah.. kalau siksa makhluk Allah, *kucing and anjing adalah easy target, so, korang nantikan balasan di sana nanti. Yakinkan diri, yakinkan bahawa Allah tu ada, nescaya, kamu akan takut.

Assalamualaikum WBT

p/s: Mengantuk dah.

2 comments:

  1. ce buat depan aku..memang aku penyepak..kaki dan tangan sekali..

    ReplyDelete
  2. Naz : itu lah.. kalau depa buat depan ang.. memang depa2 tu makan kaki serta tangan serta kayu dan batu lah...

    ReplyDelete