Nuffnang Ads

Saturday, August 17, 2013

Jangan Terus Dibuang! Ingat Balik!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Haa.. amacam raya? *walaupun hari raya ke 10 dah tapi tetap, ada lagi yang merayakan bulan Syawal. Orang kata, kita balas sama balas, 30 puasa, 30 syawal lah kita bantai. Pulak?? Ikutlah, janji tak membazir. Saya rasanya dah habis raya dah. Alhamdulillah, raya pun ala kadar sahaja, takde lah cam fancy giler-giler kan, takde lah. Memang bersederhana jer, takde darjat-darjatnya.

Okay, hari ni saya nak tulis fasal Malaysia. Malaysia kita ni sebenarnya aman dari segi tertentu sahaja. Ingat tak yang kes tembak-tembak di serata Malaysia minggu lepas? Yang tiap-tiap hari ada kes tembak tu? Ingat tak? Kalau ingat bagus. Ingat tak ada kes simbah asid yang wanita bawak kereta kena tu? Ingat tak? Kalau ingat bagus. Ingat tak budak yang dikatakan kena culik dari Perak dibawa ke Rawang tu? Ingat tak? Ingat tak kes polis yang didakwa mencabul wanita tu? Ingat tak? Ingat tak kes penganut ajaran sesat Syiah yang menular ke Malaysia? Ingat tak? Ingat tak resort yang kat Johor yang dicemari tu? Ingat tak? Or ingat tak fasal kes Lahad Datu? or ingat tak fasal kes bot karam di sebuah sungai di Sarawak? Masih ingat tak lagi fasal kes Islamic Fashion Show yang ada tulisan kat kain di badan model tu? ke ramai yang tak ingat dah? 

Kalau ingat bagus, bukan apa, semua itu menjadi pengajaran dan tauladan kepada kita supaya menjadi insan yang lebih baik dan elok. Dan jangan terus dilupa perkara-perkara yang buruk telah berlaku kepada Malaysia, kenangkan kembali dan amik iktibar

Perkara buruk bukanlah SAHAJA datang dari parti-parti politik kat Malaysia ni, tapi ada jugak yang datangnya dari individu yang cuba merosakkan keharmonian Malaysia. Pemimpin-pemimpin dan isteri mereka pun ada juga yang buat onar, jangan nak tipu.

Dah lah, letih je menulis, macamlah blog saya ni dibaca ramai.

Assalamualaikum WBT

p/s: jom makan kundang.

No comments:

Post a Comment