Nuffnang Ads

Tuesday, August 13, 2013

Jom Makan Lemang!!!

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, hari ni mak masak lemang!!! yeay!! lemang weh.. lemang, iya di hari ke-6 Syawal, mak masak lemang sebab esok mak cik nak balik KL, kenyang saya makan lemang. Kali ni mak cik saya buat Rendang Pindang dan rendang jenis ni tak perlu pakai santan, rasanya tetap sedap dan senang untuk dibuat cuma kali ni, mak cik tak dapat agak kot sukatan bahan yang diperlukan, jadi rendang yang dibuat sedikit kurang sedap tapi saya dah habiskan almost semangkuk kecil dah! hahahaha *dalam tak sedap tu.. hahaha bengong!

of course la lemang dibuat menggunakan beras pulut, so, saya sebenarnya ada masalah dengan pulut ni. Yes, ia membuatkan saya mengantuk! Yes, sekarang ni saya cuba sedaya upaya untuk tidak tidur, ni dok menguap bagai dah!! huhu. *tak nak tidur petang!!!

Okay,okay, tadi saya ada sesuatu menarik untuk saya post, tapi, terlupa pulak. Hehehe... Seyes, memang ingat tadi, tapi lupa dah. Takpe lah, nanti kalau saya teringat topik tersebut, nanti saya buat entry lain pulak. Okay?



Haaaa!! dah ingat! baik, siapa pernah buat kebun? I mean, like, tanam getah ke, tanam sawit ke, or something like that, takpun, siapa yang pernah gardening, like, tanam sayur-sayuran? Pernah? Okay, kalau pernah, mungkin korang akan faham apa yang saya cuba sampaikan. 



Okay yer, kalau kita tanam-menanam ni, kita akan ada banyak musuh, manusia ke, haiwan ke, tapi selalunya haiwan lah. Seriously!, takyah cakap sal manusia tu, kita cakap sal perihal haiwan je. Baik, kalau berkebun getah, selalunya yang menjadi musuh adalah haiwan seperti kera, beruk, babi *or bahasa sopannya khinzir. Memang haiwan seperti ini menjadi musuh hebat kepada tanaman. Contoh eyh, selalunya, kalau babi, dorang ni akan makan daun or makan terus batang getah kecil tu, memang takde tinggal lah, kadang-kadangnya lah, tapi ada jugak yang setakat lalu sebab nak pergi ke tempat lain. TETAPI, kalau kera or beruk, depa ni lagi ganaih, dorang makan pucuk anak getah tu sampai daunnya hilang, takde, langsung! TAKDE! tapi, kalau babi yang makan, kita akan nampak kesan di tanah tapi tidak kera dan beruk, takkan ada kesan, unless tempat yang dorang berpijak tu basah. 
 

Namun, kera dan beruk ni bijak tau, dorang takkan nak kaki dorang basah, so, selalunya, dorang akan jalan elok-elok dan makan daun-daun tu sesikit. Tetapi! kalau cam tempat kebun kami ada lembu, lembu orang bela, pelihara lah, itu mungkin menjadi musuh jugak, tetapi, kalau ada pagar, lembu pun tak nak masuk juga, lainlah kalau pagar tu cam goyah-goyah sikit, or pintu tutup tak kemas, jadinya, dorang akan masuk. Tapi selalunya, gembala lembu ada menjaga lembu tersebut.

Dan lagi satu, kalau lembu tu makan daun getah, pokok getah, HELLO!!! takkan takde kesan kat tanah kan? Takkan lembu tu terbang cam burung kelicap sambil makan daun pucuk muda. Hahahhaa.. kadang-kadang kelakar tengok pemikiran orang. Kot ye pun nak marah, fikir dulu sebab bukan apa, makan jasa dan keringat orang lain ni, besar dosanya, kalau Allah tak balas sana, mungkin Allah balas kat Dunia. Itu je lah.

Maaf lah yer, kadang-kadang pelakunya lain, konsep sama boleh diapply dimana-mana pun. janji pandai applykan.

Assalamualaikum WBT

p/s: sebab tu saya tunggu ayam-ayam saya, takut dorang makan sisa-sisa makanan orang lain. 

5 comments:

  1. Ada lagi orang makan lemang rupanya. Sy makan time first day raya jer, pastu habis.
    Tak pernah bekebun pun...huhu

    Btw, selamat hari raya Aidilfitri :)

    ReplyDelete
  2. Saya suka makan lemang hanya di Hari Raya. Bukan kerana sedap lemang itu tetapi kerana suasana Hari Raya itu sendiri.

    Salam Syawal, Akmal. =)

    ReplyDelete
  3. Teena Tna :Salam Aidilfitri, thanks sebab komen kat blog saya..hehehe

    ReplyDelete
  4. Iwong : haha.. itu lah.. saya pun camtu jugak.. kalau time tak raya, cam kekok je nak makan lemang... hihu.. thanks sebab komen kat blog saya..

    ReplyDelete