Nuffnang Ads

Wednesday, August 21, 2013

Kemalangan di Genting Highlands.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Petang tadi kita dikejutkan dengan satu kemalangan ngeri di Karak, Bentong yang membabitkan semua bas sarat dengan penumpang.

Saya ada baca beberapa blog dan juga online news dan rata-rata masih menantikan berita sahih daripada pihak yang ada di situ. Mengikut sumber yang boleh dipercayai, lebih 30 orang maut dan lebih 15 orang lagi cedera dan telah dibawa ke hospital terdekat.

Dan beberapa hari lepas, ada sebuah kereta kemalangan di jalan besar berdekatan dengan kampung saya, kemalangan tersebut terjadi di Kampung Jeruas. Dikatakan, pemandu cuba untuk memotong sebuah bas namun, tidak lepas, dan kereta tersebut melanggar bas dan kemalangan. Bas tersebut tiada apa-apa tetapi pemandunya cedera. Tetapi, kereta Mercedes yang dinaiki oleh sebuah keluarga yang berasal daripada Kampung Cina Jerkoh, Benta mengalami kerosakan teruk. Katanya, hanya seorang wanita selamat dan 4 lagi maut. Saya tak tau berita keseluruhannya, tapi tadi ada kakak saya cerita, pemandu kereta tersebut hancur. Kesemua mangsa adalah berbangsa Cina.

Mendengar berita sebegini, saya rasa takut. Iya la, malam tak berbau kan, tapi kalau boleh kita elak kemalangan, kita cuba dengan memandu dengan berhemah, kalau mengantuk jangan memandu, kalau rasa cam letih, berhenti di RnR sekejap, rehat, jangan memecut. Slow pun takpe, tapi pastikan di lorong yang betul. Okay?

Kepada keluarga mangsa, bawak bersabar. 

Assalamualaikum WBT

p/s: takut.

No comments:

Post a Comment