Nuffnang Ads

Monday, August 19, 2013

Menu Lunch! Korang makan apa lak?

Assalamualaikum WBT,
 
Alhamdulillah, saya dah lunch!! huahuahua..
 
Menu lunch saya pada hari ini adalah...
 
Nasi putih
Sotong dalam tin masak sambal (sedap!)
Sayur campur (bunga kobis, lada bengala (merah &hijau), leak) dan sotong masak sos tiram
Sambal belacan dengan timun
Ikan sepat masin
Sayur lemak labu
Air sirap
 
Pergghhh!! kuantiti jangan tanya berapa banyak. Tapi saya makan nasi sikit je, lauk sayur2 tu banyak giler. Maklumlah, tadi pergi Supermarket (TF kat Raub tadi), lepas beli sotong, saya ternampak satu longokkan bahan sayuran yang sememangnya murah! Satu bungkus RM1.00, bukan rejected items tapi items yang mungkin dah lama tapi masih boleh dimakan. Saya memang suka bab-bab camni, lagi murah lagi bagus, nak-nak cam sayur kan, kita bole pilih dan tengok mana yang elok dan mana yang tak elok, cuma kalau orang jual telur murah-murah, jangan lah beli sebab takut telur tu dah rosak. Kalau telur rosak, sapa nak makan. Kalau sayur ni, kalau rosak sikit takpe, ada bahagian yang boleh dimakan lagi. SO, saya beli tadi banyak benda, timun, lada bengala, bunga kobis, leak semuanya HANYA RM8.00. Memang jimat, tadi tu tak habis lagi, banyak hari boleh makan lagi. HUahuahua...suka sangat!
 
Orang kata  
 
"ala, nak jimat apa, beli je la yang elok sikit".
 
Well, I'd say, 
 
"Kalau masak tak sedap, beli lah items sefresh mana pun, tetap tak sedap!!!"
 
Hahahaha...
 
Tapi takde la sampai beli yang betul-betul tak elok tu kan? Melampau lah... saya beli yang ada diskaun tu je sikit... hahahaha..
 
Assalamualaikum WBT
 
p/s: Kenyang jugakkk...

No comments:

Post a Comment