Nuffnang Ads

Sunday, August 18, 2013

Menu Malam ini!! Korang makan apa?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Petang ni tempat kami hujan lah... Yup, ni tengah lebat tak tau lah bila akan reda tapi alhamdulillah, at least buleh duduk dalam rumah kan. hehehe..

Jap, lagi nak masak lah rasanya, tapi tak tau lagi nak masak apa, tapi ada dah idea dalam kepala.

Menu malam ini.

Nasi putih
Santan Durian
Gulai Asam Tempoyak Ikan Kembung Pelaling
Jeruk Maman
Air Tea O / Air Masak

Haa.. okay tak menu diatas tu? Nak tahu serba sedikit sal menu kat atas tu?

Nasi putih cam biasalah, guna beras biasa pun takpe, kalau ada yang nak guna beras Siam yang panjang lagi cantik serta putih tu, dipersilakanlah, tidak lah menghalang. Huahuahua..

Santan Durian, pernah dengar tak tentang masakan santan durian ni. Technically, santan durian ni tak perlu masak, cuma, santan tu je yang diperah dengan air suam. Okay, amik durian, dengan ulas-ulas durian tu, masukkan dalam satu bekas, mangkuk pun okay, lepas tu masukkan santan kepala yang sedikit cair, takyah lah masukkan santan yang pekat sekali tu, kang terlampau lemak lak. Then kacau, masukkan secubit garam, Tapi, kalau korang rasa, cubit korang tu tak berapa berasa, masukkanlah lagi garamnya, bukan susah pun, then taste. Kalau cukup rasa garam tu, makan lah apa lagi.

Gulai Asam Tempoyak Ikan Kembung Pelaling lak, cam biasa, Ikan dipotong dua, amik cili padi, kunyit, garam kasar, dan tumbuk sampai lumat. Then masukkan tempoyak, tumbuk sekejap je. Lepas tu, letakkan ikan dalam periuk then masukkan bahan ditumbuk tadi, masukkan sedikit lagi tempoyak, then masukkan air. Lepas tu masak atas dapur sehingga masak. Then makan lah!!! hahahah..

Jeruk Maman. Korang tau tak maman tu apa? Urm, kepada yang tak tahu, memang susah sikit lah saya nak explain, sebab takde lak gambarnya dengar saya. Maman ni ditumbuh cam biasa je, cuma selalunya mak saya tabur di tempat membakar, so, gebu lah sikit maman tu. Maman ni boleh buat banyak cara, gulai lemak dengan ikan pun sedap, dijeruk pun sedap! Okay, kalau nak buat jeruk maman, maman tu kena jemur dulu, then lepas jemur, diramas dengan garam kasar, then baru letak dalam bekas selama dua malam, at least, then baru ley makan. Sedap! tapi pada sesetengah orang, dorang tak suka jeruk maman, sebab bau di yang sedikit busuk, tapi seriously, sedap! hahaha...

Minuman lak, tea o, eh>? ada yang nak mintak resepi tea o ke? Takde kan? so, itu sahaja lah untuk entry kali ini.

Assalamualaikum WBT

p/s: sejuk!

4 comments:

  1. Bila dah siap masak, post dekat Ezzatie sikit. Ezzatie pun tak ada menu lagi nak makan malam ni =)

    ReplyDelete
  2. wah wah wahhh.. sodap nye menu! pos sini sikit. hehe..

    ReplyDelete
  3. nurul ezzatie zulkarnain : thanks sebab komen.. hehehe.. nanti saya post yer...jangan bimbang..hehehe

    ReplyDelete
  4. Miss Nurul Atikah : hihu... thanks sebab komen.. guna pos laju ke pos lain? takut tak sampai jer.. pengepos makan dulu...hehehe

    ReplyDelete