Nuffnang Ads

Saturday, August 31, 2013

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-56!!! Tahniah.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Salam Sabtu dan most important, Salam Merdeka. Iya, selamat menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-56 tahun. Alhamdulillah, walaupun Malaysia ni masih belum aman, tetapi boleh dikira sebagai negara yang stabil.

Itu dari apa yang saya lihat lah, tak tau lah pulak dari segi lain sebagai contoh, ekonomi, perpaduan, masyarakat, perfileman, hiburan dan lain-lain sektor lah. Saya percaya, anda mampu untuk berfikir dengan lebih lagi kan? Amin.

Saya sebenarnya takde la pergi menyambut kemerdekaan ke padang-padang tetapi dalam hati saya, tetap berasa bersyukur dengan apa yang dikurniakan oleh Allah SWT. Tiada peperangan, tiada rusuhan, tiada kepincangan. 

Dan tengahari tadi, saya masak lunch untuk keluarga saya. Nasi putih, Ikan kerisi masak asam pedas, ikan cencaru bakar dan mak saya buat kangkung masak sayur putih (santan). Makan? saya makan sikit je, diet lah katakan. hahahhaha.. Tapi sebenarnya, saya memang suka makan ikan, ikan senang dimasak dan sedap. Untuk pengetahuanlah kan, ikan kerisi ada satu bau yang enak sebenarnya, ia memang sedap untuk dibuat asam pedas. Yup! Dan sememangnya ikan cencaru adalah ikan yang sedap untuk dibuat bakar cicah pulak dengan kicap manis letak bawang dan lada. Memang makanan sedap! hahaha.. 

Cuma tadi, asam pedas saya tak berapa kick lah. Dia cam terlebih air dan bahan-bahan tumisnya tak banyak sangat, tapi my dad loves it. Abang Fahim pun kata best tadi, cuma warna tak menarik, kakak saya? Dia kata bahan-bahan tu kalau blend, lagi sedap, lagi terserlah rasanya. Okay, lain kali buat, segala tips-tips tu akan diambil kira. Hehehe.. 

Pastu kakak saya kata, "haaa.. mesti lah komen, kata nak masuk MasterChef.. kalau tak komen, nanti makanan tak sedap". Gitu.. ayah saya pulak cakap, "Laahh.. nak masuk MasterChef pulak, kata nak berniaga menjahit, lepas ni pergi buat sijil dengan Risda, habis belajar, buat pinjaman dan buka kedai". Lallalalala... pening saya. hahahah.. MasterChef tu sedap jugak, idea ayah tu, bernas juga. Pokok pangkal, pilihan saya kan? dan membuat pilihan bukanlah satu perkara yang saya minati.

Hehehe.. gila glamour sangat.. hahaha..

Assalamualaikum WBT

p/s: Merdeka, Merdeka, Merdeka!!

No comments:

Post a Comment