Nuffnang Ads

Friday, August 2, 2013

Zakat dan Pengertiannya.

Assalamualaikum WBT,

Pernah tengok cerita Kampung Girl? Kalau pernah tengok, bagus. Sejujurnya, masih ada lagi ke perangai budak kampung yang macam Ainnur tu? Like seriously, kan? Ada ke? Personally, honestly, saya budak kampung, mungkin ada kot, hahahah,, tapi hati kuat mengatakan, takde, sebab Ainnur tu cam baik je, bertudung molek, baju tak ketat sendat mendat *kuasa 3 kau! hahaha, 

Dah, lupakan perkara Kampung Girl tu, tapi Akim Ahmad dan Nad Zainal memang best! Kiut sangat! hahahah... 

Ada benda nak cerita sikit. Korang semua tau tak apa itu Zakat? Kalau tak tahu, biar saya berikan sedikit scope fasal apa itu zakat.

Sumber daripada Maidam Terengganu.

a)    Kalimah zakat dari segi bahasa adalah berkembang dan bertambah
b)    Takrifnya pula adalah “suatu hak yang wajib pada harta tertentu untuk diberikan kepada sekumpulan yang tertentu untuk diberikan kepada sekumpulan yang tertentu pada waktu tertentu”.

Maksud “kumpulan” ialah lapan asnaf sebagaimana yang dinyatakan oleh al-Quran dengan firman Allah mafhumnya dalam surah at-Taubah ayat 60,

“Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang faqir, dan orang miskin, dan amil yang menguruskannya, dan orang muallaf yang dijinakkan hatinya dan untuk hamba-hambanya yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang yang berhutang, dan untuk dibelanjakan pada jalan Allah, dan orang musafir yang keputusan belanja dalam perjalannya…”

Maksud “waktu yang tertentu” ialah cukup Hawl
Maksud “Wajib” adalah Zakat merupakan ibadah wajib yang tertentu kewajipannya apabila melengkapi segala syarat.
Maksud “Harta” adalah harta-harta yang diwajibkan zakat sebagaimana yang telah di tetapkan oleh syarak.
Maka dari sini boleh lah kita simpulkan kepada makna yang lebih mudah difahami serta jelas adalah:
“Penyerahan wajib sebahagian harta kekayaan kepada golongan orang yang berhak menerimanya”.



Siapakah yang berhak menerima Zakat?



1.      FAQIR
Seseorang yang tidak mempunyai apa-apa harta atau perkerjaan halal atau yang menerima pendapatan yang tidak sampai 50 peratus daripada keperluan asas harian diri dan tanggunggannya mengikut ukuran hidup yang sederhana.

·          Agihan saraan bulanan kepada faqir
·          Agihan pelajaran kepada faqir
·          Agihan Hari Raya kepada faqir
·          Agihan membina dan membaiki tempat kediaman kepada faqir
·          Agihan berdikari kepada faqir
·          Agihan terus kepada faqir melalui pengeluar
·          Agihan rawatan kepada pesakit faqir
·          Agihan latihan kepada faqir
·          Agihan serta merta kepada faqir/ pelbagai

2.      MISKIN
Seseorang yang mempunyai harta atau pendapatan yang hanya boleh menampung 50 peratus haddul kifayah untuk keperluan asas diri dan tanggunggannya.

·          Agihan saraan bulanan kepada miskin
·          Agihan pelajaran kepada miskin
·          Agihan Hari Raya kepada miskin
·          Agihan membina dan membaiki tempat kediaman kepada miskin
·          Agihan berdikari kepada miskin
·          Agihan terus kepada miskin melalui pengeluar
·          Agihan rawatan kepada pesakit miskin
·          Agihan / latihan kepada miskin
·          Agihan serta merta kepada miskin / pelbagai
 
3.      AMIL
Individu atau institusi yang terlibat secara langsung dengan institusi zakat sama ada mengurus dan mentadbir hak ehwak pungutan,pengagihan atau yang mengawasi urusan kewangan zakat.

·          Agihan kepada Amil
·          Penyerahan hasil daripada orang orang perseorangan ke Jabatan dibahagikan kepada 8/8 bahagian.

4.      AL-RIQOB
Memerdekakan orang-orang Islam daripada cengkaman-cengkaman dan penaklukan sama ada dari segi cengkaman kejahilan dan terbelenggu di bawah kawalan oarang-orang tertentu.

·          Agihan kepada pejuang-pejuang islam
·          Kontigensi / Pelbagai

5.      AL-GHORIMIN
Golongan yang berhutang untuk memenuhi keperluan asas bagi kemaslahatan diri, keluarga, tanggunggannya atau masyarakat Islam yang memerlukan penyelesaian segera dan dibenarkan oleh hukum syarak.

·          Agihan kepada orang yang berhutang
·          Kontigensi / Pelbagai

6.      IBNUSSABIL
Orang yang terputus bekalan (perbelajaan) semasa dalam perjalanan (safar) dan orang yang hendak memulakan perjalanan (safar) yang diharuskan syarak.

·          Agihan kepada pengembara dalam Malaysia
·          Agihan kepada pengembara luar Malaysia
·          Pelbagai termasuk orang yang terkandas dalam perjalanan

7.      FISABILILLAH
Mereka yang berjuang, berusaha, mempertahankan dan meningkatkan penghayatan Islam.

·          Agihan pelajaran dalam negeri
·          Agihan pelajaran luar negeri
·         Agihan tambang kepada para pelajar yang berjaya menyambung pelajaran luar negeri.
·       Agihan tambang kepada para pelajar yang menyambung pelajaran dalam negeri.
·        Agihan tambang kepada para pelajar untuk pulang kerana kecemasan(kematian ibu/ bapa).
·          Agihan kepada masjid dan surau.
·          Agihan kerana menganjurkan projek kebajikan.
·          Agihan kepada Rumah Kebajikan Anak Yatim Negeri Terengganu.
·          Agihan kepada pelajar Sekolah Agama Rakyat/Pondok.
·          Majalah & kitab-kitab agama/percetakan Khutbah dan Risalah dan lain-lain.
·          Imbuhan guru yang mengajar kelas saudara kita.
·          Agihan/ Sumbangan untuk mengadakan Majlis Keraian Saudara Kita.
·          Kontigensi / Pelbagai

8.      MUALLAF
Mereka yang dijinakkan hatinya atau yang diharapkan kecenderungan hatinya untuk menerima Islam atau yang memeluk Islam tetapi belum kukuh Islam dan Imannya. Ianya terbahagi kepada dua ketegori :-

a)      Beragama Islam
1.       Baru memeluk Islam
2.       Ketua-ketua Islam yang baik hubungan dengan ketua-ketua kumpulan bukan Islam yang sejawatan atau sama taraf dengannya.
3.       Ketua-ketua kaum Islam yang masih lemah imannya tetapi masih ditaati oleh orang-orang di bawah pimpinannya.
4.       Orang-orang Islam yang tinggal di perbatasan yang berhampiran dengan negara musuh Islam.

b)     Bukan Beragama Islam
1.       Boleh dipujuk supaya masuk Islam
2.       Boleh dipujuk supaya tidak merbahaya kepada orang-orang Islam

·          Agihan berdikari kepada saudara kita
·          Saguhati wang tunai kepada saudara kita
·        Cenderamata, buku agama, pakaian dan kelengkapan kepada saudara kita
                   ·          Imbuhan menghadiri kelas saudara kita

Kepada yang ingin membaca lebih tentang zakat, boleh bertanya kepada sesiapa yang mengetahui, tetapi, boleh juga membaca disini. 


Kita sebagai orang biasa mesti tertanya-tanya, iya lah, time orang terima zakat, 

"Eyh, kenapa orang tu dapat zakat, padahal mereka sihat tubuh badan, bekerja bagai". 

Mungkin itu yang kita nampak kan, tetapi, pengagihan zakat adalah satu perkara yang amat subjektif. Melihatkan kepada golongan asnaf yang boleh menerima zakat, ia seolah-olah, ramai yang boleh menerima zakat bukan? Tetapi, cuba baca betul-betul, selalunya, orang akan ambil golongan asnaf Pertama (Faqir) dan Kedua (Miskin). Betul ke penerima jatuh dibawah golongan tersebut? 

Ramai daripada kita cuba untuk melihat pemberian zakat kepada orang yang memerlukan, tetapi, adakah kita betul-betul memerlukan. Saya tidak nafikan, memang ada yang betul-betul memerlukan, tetapi, jikalau dalam satu isi rumah, tatkala pemberian wang zakat, sampai 3 dalam isi rumah dapat wang zakat, adakah itu patut? Tidak takutkah dengan hukum Allah? kan? 

Jika dilihat kepada penerangan yang diberikan oleh Maidam, semuanya adalah di jalan Allah. Golongan belajar, untuk menegakkan agama Allah, Islam dan sebagainya, tetapi, adakah manusia yang menerima duit zakat tetapi menggunakan ke jalan yang salah? Mungkin ada, mungkin takde. Tapi, diri sendiri mengetahui dan Allah Maha Mengetahui.


 Kepada mereka yang duduk di Pahang boleh lah pergi ke Zakat Pahang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai zakat. Takkan mereka tidak boleh jawab sebarang pertanyaan yang diajukan bukan? Jadi, jangan malu, bertanyalah.  

Alhamdulillah, lepas sudah niat untuk postkan fasal zakat. Alhamdulillah, semoga mendapat sedikit ilmu mengenai zakat. Amin.

Assalamualaikum WBT

p/s: bila tah saya nak bayar Zakat Fitrah.

No comments:

Post a Comment