Nuffnang Ads

Wednesday, September 25, 2013

3 Cendawan (Shitake, Buna Shimeji Putih, Buna Shimeji Coklat) masak Sos Tiram dengan Kobis Panjang.

Assalamualaikum WBT,

Seperti yang dijanjikan, saya akan tulis entry fasal hidangan yang saya buat pada tengahari tadi. Hehehe.. Bersedia?


3 Cendawan (Shitake, Buna Shimeji Putih, Buna Shimeji Coklat) masak Sos Tiram dengan Kobis Panjang.

Bahan-bahan :

1 bungkus cendawan Shitake
1 bungkus Buna Shimeji Putih
1 bungkus Buna Shimeji Coklat
Bawang Putih (4 ulas)
Bawang Besar Merah (separuh)
Sos Tiram
Kobis Panjang Cina (potong biasa)
Garam
Minyak masak

Cara-cara :

Bersihkan cendawan buna shimeji dengan air dan toskan bagi kering.
Bersihkan cendawan shitake, tetapi jangan basuh dengan air tetapi hanya kuliti batangkan cendawan tersebut sebab ia sedikit kotor dan bertanah. Tetapi jangan basuh payung cendawan tersebut, kalau ia menyerap air, nanti tak sedap.
Ketuk bawang putih.
Hiris halus bawang besar.

Cara Memasak.

Panaskan kuali. Jangan isi minyak lagi.
Masukkan cendawan shitake dan saute *masak tanpa minyak untuk mendapatkan bau salai. Jikalau cendawan sudah agak coklat keemasan, angkat dan ulang proses yang sama untuk dua lagi cendawan.

Panaskan kuali dengan 4 sudu besar minyak masak. 
Masukkan bawang putih dan bawang besar tadi. Goreng sehingga naik bau. 
Masukkan cendawan, kobis panjang cina, garam, sos tiram dan sedikit air. 
Masakkan lebih kurang 3-4 minit dengan api besar.
Rasa masakan anda. Apa yang terkurang sila tambah sendiri. *hehehe..improvise okay?
Kalau sudah masak, sedia untuk dihidang. 
Makan dengan nasi, memang sedap!

Haa.. ini adalah resepi yang amat senang. Resepi ini adalah resepi yang selalu mak saya masak dengan ikan siakap, tetapi, untuk beberapa kali kebelakangan ini, saya buat camni sebab malas nak masak dengan ikan siakap. I let the cendawan shine instead of letting the siakap shines, gitu! hahahha.. Resepi ni senang je, so, this one is Chinese based resepi lah, cuma takde biji bijan je, kalau ada mungkin lebih sedap, kan?

Selamat mencuba.

Assalamualaikum WBT

p/s: hati-hati semasa membeli cendawan shitake, sebab kadang-kadang ia agak berbau hancing so, it will effect the dish, jadi, pilih elok-elok okay semasa membelinya? okay?

No comments:

Post a Comment