Nuffnang Ads

Wednesday, September 11, 2013

Akademi Fantasia 2013, OK or KO?

Assalamualaikum WBT,
 
Alhamdulillah, boleh jugak akhirnya saya update guna computer. Bukan saya tak boleh nak updateg guna Samsung tu, tapi tak rasa cam secretary lak kan kalau update guna Samsung, saya lebih suka update guna computer. hihu...
 
okay2, sekarang dunia hiburan memang hangat memperkatakan skandal Adi Putra dengan isteri orang,*nasib baik dengan isteri orang, kalau dengan suami orang? camne? sapa nak jawab? Lepas tu, Nabila Huda yang kemalangan tu, pastu, Ciplak haram oleh pihak yang tak bertanggungjawab terhadap filem yang dihasilkan oleh Syamsul Yusof, lepas tu, Ashraf Muslim yang dikatakan akan menimang cahaya mata, Perghh!! banyak kontroversi artis Malaysia ni, okay lah kan? takde lah daring sangat...
 
Okay, dunia hiburan juga diraikan lagi dengan penganjuran Akademi Fantasia yang mana bertujuan untuk mencungkil bakat-bakat baru anak muda Malaysia. Berjaya atau tidak, itu sebenarnya bergantung kepada usaha mereka, tetapi, kalau dalam AF ni, selalunya, popularity akan mengatasi keupayaan sebenar.
 
Di AF1, semuanya berbakat, cuma ia musim pertama, jadi, agak tidak panas. Tetapi di AF2, ramai yang berbakat tetapi, dek bergantung kepada undian peminat, hilang begitu sahaja, Farah, for instance, she is talented, but she did not win. Kesian kan? Musim ketiga, AF3, Idayu yang mempunyai vokal yang mantap, tetapi, tidak langsung masuk ke final, hanya sekadar di Minggu ke-3 or 4, kesian jugak kan? AF4, Farhan, sampai ke Final, tetapi, tidak menang, dan ramai lagi 'graduan' AF yang tidak dijaga, kesian mereka.
 
AF2013 ini menampilkan muka-muka baru di AF, seperti tenaga pengajar mereka, Fizz Fairuz, Alam tetapi mereka determine untuk mendidik anak muda kearah kejayaan. Tetapi, semalam, saya menonton Diari AF dan pihak produksi menayangkan scene pertemuan diantara pelajar lelaki dan pelajar wanita, aduh! dan ada yang minat itu, ada yang minat ini, niat masuk AF ni sebenarnya nak mencari jodoh ke untuk mendalami ilmu or untuk glamour?
 
Sama sahaja dengan Uni pun, kalau masuk untuk saje-saje, saje-saje la yang akan dapat, tapi kalau masuk untuk menang, so, at least ada determination untuk meneruskan perjuangan kan? Jadilah macam American Idol tu, terang-terang ada kayakinan untuk cuba *at least, cuba menang the whole thing, ini tidak. Aduh!
 
Saya mungkin tidak ada suara sesedap Dato' Siti Nurhaliza, or Dato' Ziana Zain, *eyh! belum lagi eyh? hehehe,, or Adibah Noor, or sesiapalah yang mempunyai suara sedap, but at least, be yourself lah, jangan lah tunjuk gedik sangat. Kesian kat orang tengok dan kesian jugak kat pihak Astro, kurang nanti rating dorang, okay?
 
Jadi, tetapkan hati, belajar bersungguh-sungguh dan perform better okay? Meaning, better that you are now, why? If you think that you are better now, think again, there will always someone better than you. Okay?
 
Assalamualaikum WBT
 
p/s: kan dah janji nak post sal AF2013 kan.

1 comment: