Nuffnang Ads

Sunday, September 29, 2013

Berniaga lah, jangan meminta sedekah!

Assalamualaikum WBT,

Bila bercakap fasal pengemis atau peminta sedekah, kita mesti ada rasa sedikit was-was dan takut sebab apa, disebabkan oleh ada cases yang mengatakan ada orang tengah yang cuba mempergunakan orang yang kurang upaya ini untuk mendapatkan wang. Memang ada dan sebab itu lah kita sebagai rakyat merasakan, hal ini perlu dibendung tetapi, kita juga tidak dapat lari dari merasa was-was dan seterusnya merasa tidak ikhlas untuk memberi sedekah. Kalau ikhlas, alhamdulillah lah kan, tapi yang tak ikhlas tu sehinggakan membuat andaian bukan-bukan, tak payah lah, tetapi, kalau nak beri sedekah, janganlah fikir benda yang penerima sedekah itu akan buat dengan duit itu, cukuplah kita sedekahkan duit or barang, dan selepas itu, apa yang dia hendak buat, itu dia dengan Allah SWT, kita dah lepas dah, tapi kena ingat, ikhlaskan diri.

Sebenarnya, saya bercakap ni bukan apa, saya juga manusia biasa dan ada juga kadang-kadang terniat dihati nak beri sedekah tetapi banyak fikiran lainnya, jadi, terbantut. Okay, baik, di tempat saya ni, ada seorang lelaki yang kelainan upaya dan dia tidak mampu untuk berjalan dengan normal, tetapi, walaupun begitu, dia berniaga. Berniaga apa? berniaga cili, limau nipis, asam keping, petai tapi all in moderation lah, dia takde lah jual banyak-banyak. Dia pun tau kemampuan dia sendiri. Okay, kalau nak ikutkan, harga yang dia letak dengan kuantiti barangan yang ada tu, sebenarnya agak mahal, tetapi, jikalau hendak dibandingkan dengan peminta sedekah lain, daripada dia begging for money, lebih baik dia berniaga kan? itu lebih baik bukan?

Saya pun kadang-kadang beli dengan dia sebab to me, it is better to buy rather than just give the money, at least, walaupun tak secara langsung, dia mendapat pendapatan yang halal daripada hanya meminta sedekah kan? I would prefer that way. Biarpun hanya berjual beli, niat itu lebih baik dan lebih ikhlas. Niat nak menderma pun ada, niat untuk membeli pun ada. Jadi, saya lebih suka yang macamtu. 

Contoh lain, kalau ada yang pak cik, mak cik yang jual tisu tu kan, biarpun beli satu tisu, at least, kita menolong dia. Kita nampak dia camne, so, kita beli lah, at least dia tidak meminta sedekah, well, at least tidak secara direct. Jual beli tetap ada, kan?

Jadi, berniaga la kan, jual tisu pun okay dah.

Assalamualaikum WBT

p/s: ramai yang mengambil kesempatan ke atas OKU ni sebenarnya.

No comments:

Post a Comment