Nuffnang Ads

Tuesday, September 3, 2013

Chek Baru Nak Menapak Nooo...

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua pembaca saya yang hebat sekalian? Adakah anda berasa hebat hari ni? Apakah yang anda telah lalui untuk hari ni anda fikiran satu cabaran kehidupan buat anda? *macam nak start ceramah motivasi lak kan? hahaha, takpe, jangan kita happy, *kaki sebelah jongket cam puteri tu, jari buat simbol peace.

Baik, alhamdulillah, saya sudah siap dengan projek saya yang membantu saya untuk memantapkan lagi jahitan saya, alhamdulillah. Saya tidak fikirkan sangat fasal bayaran sebab pengalaman itu lebih penting, sebab ia akan membantu saya di masa hadapan, yup! Untuk menceburkan diri dalam bidang ini, *fashion and dressmaking ni, kemahiran perlu dicari dan jangan lihatkan duit sangat sebab kalau pandang duit, memang susah! 

nak-nak pulak, bidang fashion and dressmaking ni sebenarnya adalah dimasukkan ke dalam seni dan sastera camtu, so, benda yang berkaitan dengan seni ni memang kadang-kadangnya payah untuk diterima oleh orang ramai. Tetapi, kadang-kadang orang pandang remeh sahaja dengan apa yang kita cuba lakukan kan. 

Dan situasi saya sekarang, saya tidak langsung berlari, malah saya adalah seorang budak yang baru menapak untuk berjalan. Senang? Payah, memang payah, tapi itulah setiap daripada mereka yang menceburi bidang perniagaan alami. Tak semua dapat terus projek besar-besar. Tak semua terus dalam pakai kereta, tak semua terus-menerus dapat pakai barangan berjenama. Namun, bukan itu tanda aras untuk kejayaan seseorang, tetapi, mata manusia lebih tertumpu kepada tanda aras tersebut, tetapi, secara umumnya, kesengsaraan disebalik kereta, rumah dan barangan berjenama itu adalah lebih mengajar erti kejayaan.

Orang kata, "penat bekerja, nak lah pamper kan diri sendiri". Betul, tiada salahnya, sikit pun saya tidak menidakkan perkara itu, kalau saya berjaya pun, saya akan cuba mencari masa untuk mem-pamper-kan diri saya sendiri, cuma, sekarang, saya kena set my goal sebab saya baru sahaja cuba menapak dalam bidang ini. Hehehehe..

Dalam bidang teknikal camni, keyakinan amat perlu, macam bidang-bidang lain jugak. Hehe,

Oleh itu, saya nak mencari pelbagai sejarah yang berkaitan dengan pakaian untuk dijadikan sebagai rujukan sendiri.

Assalamualaikum WBT,

p/s: badan terasa agak letih.

2 comments: