Nuffnang Ads

Monday, September 9, 2013

Diari Hari Ini 9/9/2013

Assalamualaikum WBT,

Sihat tak semua? saya sihat sahaja, cuma tadi after makan kailan ikan masin, terus 'pengsan', hehehe, pengsan tu tidur, huhuhu.. iya, saya ada darah tinggi, nak buat camne, mulut dan perut mintak makan, so, makan je lah, itu pun nasib baik terus tidur, kalau tunggu lagi agaknya, mahu saya pening kepada dengan teruknya. huhuhu.. 

Okay, hari ni saya pergi teman mak saya pergi kebun, kami pergi tanam pokok cili padi 
(Bird Chili), yes. Dalam bahasa omputihsnya, itu lah...hehehe.. Kami pergi kebun tadi lama jugak lah, tapi balik dalam kol 11.45 pagi gitulah, sebab kol 12tengahari kang nak g amik anak sedara, Pra-Sekolah (Pre-School), *sama kan? Itu lah namanya, peminjaman separa. Ubah ikut bahasa. 

Lepas balik dari kebun, amik anak sedara tu, saya dengan mak pergi ke kebun buah-buahan pulak, iya, saya makan rambutan, durian, dokong, manggis, *i was sugar-highed. *tak tau saya ada tak perkataan tu. Lantak.  

Lepas makan-makan, bawak balik sikit untuk rumah, then time kat kebun tu, ada kera, diorang nak makan segala buahan-buahan tu jugak, so, kami jerit-jerit dengan niat untuk menghalau kera tu, tapi kera tu siap ketawa lagi, sakit tol hati! hahahaha.. saya lahh yang jerit2 tu, mak takde nya nak jerit cam hape. Ala tempat takde orang, apa lagi, berlatih vokal lah kan? hahahahha..masih tak mantap lagi vokal ni. hahahha...

Lepas amik vocal training dari kera tu dengan menghalau mereka dan tidak dihiraukan, kami pun balik dan saya terus masak untuk keluarga, hari ni saya masak nasi *of course, Ikan Cencaru Bakar (cicah Kicap), Sayur Kailan Masak Ikan Masin (pedas sikit), akak lak masak Jantung Pisang Pedas *bukan sambal, tapi sedap! hehehe.. itu lah, lauknya. habis nasi hari ni, yup! hehehe.. punya sedap! hahaha,,, adik Wiwi makan ikan seekor, ikan cencaru tu lah. Saiz ikan cencaru tu sebesar yang kat kedai tu lah, range harganya RM4 seekor lah. Saya bakar 6 ekor, cukuplah untuk kami, dan uniknya, harga ikan tu, tak sampai RM10 pun!! RM9 lebih je, patut lah kalau orang menjual tu...kayo...hahaha..

hehe, banyak lak cerita kan? dah lah... 

Assalamualaikum WBT

p/s: kenyang, tapi lapaw!!

No comments:

Post a Comment