Nuffnang Ads

Friday, September 6, 2013

Filem Kita Wajah Kita? Buruk Sangat Ke Wajah Kita?

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar anda semua pembaca saya yang saya sayangi. *wah, macam pembaca blog ni ribu-ribu kan? berangan tetap berangan weh! hehehe...

Baiik, tetibe hari nak cakap fasal movie. Tadi saya baru je tengok cerita Battleship. Yup, yang Rihanna berlakon tu, jadi Raikes tu kan? well, saya baru je lepas tengok. Hehehe.. Seronok jugak cerita tu sebenarnya, cuma, after watching it kan, teringat akan sesuatu yang jauh menyimpang daripada cerita tersebut. Betapa America(ns) suka menghasilkan cerita-cerita yang berunsurkan keganasan and in the end of every story dorang akan menganugerahkan pingat or bergembira after all those wars ended, kan?

Sebagai contoh, *daripada contoh yang banyak, Pearl Harbor *kononnya dari cerita yang betul, entah betul entah tidak! huhuhu, Battleship, *well, lawan Aliens, duh! Aliens, please, dan lagi, Cowboys VS Aliens, kalau nak tengok lebih lagi pergi sini, CLICK HERE

Saya bukan apa lah kan, saya suka je tengok cerita-cerita camtu, tapi ada lah yang tengok-tengok camtu je, takde lah sampai mencari cerita tu sampai ke pawagam kan? hehehe, tapi betu lah orang kata, setiap filem yang dihasilkan memang melambangkan sesebuah negara tersebut.

Kalau kat Malaysia ni? *Okay sebutan Malaysia adalah MA-LAY-SI-A bukan MA-LAY-SHEA okay? Jangan lupa tu, Okay, kalau kat Malaysia ni kita ada macam-macam jenis filem, tapi paling banyak jenis filem mana? Yup, filem yang berasaskan gangsterim lah kot, mungkin la, tapi ia mungkin outshine oleh filem yang berasaskan komedi, tapi cerita yang berasaskan cinta-cintun yang ala-ala mintak penyepak pun ada, huahuahua.. *I mean not harm to those amazing director but sometimes, the content of certain films were not up to the standard, please. Macam Othman Hafsham cakap lah, "Bijakkan lawak anda". Gitu!

tapi, alhamdulillah, kat Malaysia ni takde lah cerita perang-perang yang sampai berdarah-darah yang teruk sangat kan? tapi, cerita-cerita yang memaparkan masalah sosial, SANGAT BERLAMBAK! kan? huhuhu....

Dah lah, saya dah marathon cerita Harry Potter ni, marathon wehh, ingat senang? Seronok! 

Assalamualaikum WBT

p/s: Sakit lidah pulak!!!

2 comments: