Nuffnang Ads

Saturday, September 21, 2013

Gajah Naik Minyak Di India, Warga England Terbunuh.

Assalamualaikum WBT,

Semalam, I was talking about Siberian Tiger di Jerman yang membaham seorang penjaga zoo. Click sini untuk baca. 

Hari ini, seorang warga England, Colin Manvell mati dipijak oleh seekor gajah jantan di Masinagundi National Park, Tamil Nadu, India. Colin juga adalah seorang fotografer yang amat dedikasi dengan hobinya. Salah seorang daripada pemandu pelancong di situ berkata, Colin adalah seorang yang baik, ramah, dan hampir kesemua haiwan di taman negara tersebut mengenali Colin. 



Seorang pemandu pelancong disitu mengatakan bahawa ada orang yang memberi amaran bahaya ketika gajah itu menghampirinya dari belakang, namun, akibat masalah pendengaran, Colin tidak dapat mendengar amaran yang diberikan. 

Selepas itu, gajah tersebut menolak Colin dengan gadingnya dan memijak Colin sehingga dia cedera parah. Colin mendapat kecederaan yang serius dan dia dibawa ke hospital, namun, dia menghembuskan nafas terakhirnya kerana ketiadaan Doktor di hospital tersebut. 

Colin adalah seorang pensioner dari England berusia 67 tahun. Colin adalah seorang pencinta haiwan, namun, dia mati dibunuh oleh haiwan yang mengenalinya. Gajah tersebut dikatakan naik minyak ketika menyerangnya. 

Seperti biasalah, haiwan ni kalau dia rasa dia dan kumpulannya terancam. Dia akan melakukan apa sahaja untuk mempertahankan kumpulannya, walaupun Colin tidak berbuat apa-apa. Malang tidak berbau and in this case, it did not make any sounds.

Sumber : DailyMail UK 

Assalamualaikum WBT,

p/s: berhati-hati lah, malang tak berbau.

2 comments:

  1. sejinak mana pun haiwan, diaekor masih ada wild and survival instinct..

    ReplyDelete
  2. Nazirah : betul tu.. depa masih ada survival instinct tu walaupun depa jinak kan? nak-nak gajah.. haiwan yang memang sensitive...

    ReplyDelete