Nuffnang Ads

Tuesday, September 17, 2013

Jadilah Wakit Rakyat Yang Terbaik Untuk Rakyat!

Assalamualaikum WBT,
 
Apa khabar anda semua? Saya Alhamdulillah, sihat. Cuma ada sakit perut sikit. Perkara biasalah kan kalau tibanya malam.
 
Baik, tadi saya tak nak makan but when I turun je dapur, huhuhuhu.. my dad suruh habiskan ikan tilapia bakar, so, makaaannn.. aduh..pening...hahaha.. tak makan membazir, kalau makan, inilah jadinya, sakit perut. mintak-mintak lah boleh tidur malam ni, kalau tak...huhuhu.. mampus saya...*takde lah sampai mampus, tapi kalau asyik ke tandas je, alamatnya, tidur depan tandas lah...huhuhu..
 
Okay, waktu sekarang ni, semua orang dalam surat khabar menulis fasal orang tu nak jadi MT parti itu, orang ni nak jadi MT parti ini, haa.. got the idea? bagus, saje nak bagi idea, saya tak nak cemarkan blog saya ni dengan politik. Tadi dengar dalam Majalah 3 berceritakan fasal Sarawak, *maaf saya tengah makan tadi, tak focus. Lepas tu, dia cakap, Temenggung Jugah adalah wakil kepada rakyat, dialah pengerusi kampong..etc", as I said, I was not paying attention to it.
 
Bercakap fasal wakil rakyat ni, tak semua orang sebenarnya mampu untuk menggalas tugas sebagai wakil rakyat. Seseorang wakil rakyat perlu disenangi oleh masyarakat setempat dan MESTI mempunyai kemampuan untuk memimpin dan boleh juga dipimpin. Sebab apa? Tidak semua benda wakil rakyat tahu, seseorang wakil rakyat juga sebenarnya perlu meluangkan masa untuk melawat dan melihat kawasan setempat.
 
Bukan apa, tidak semua rakyat yang ada di sesebuah kawasan itu mampu untuk keluar dan pergi mengadu masalah, ada yang tidak berkemampuan untuk berbuat sedemikian, oleh itu, Wakil Rakyat yang diberikan kuasa oleh rakyat sendiri perlu untuk meluangkan masa or lebih tepat, mencuri masa untuk melawat kawasan-kawasan sendiri. Jangan lupa, we voted for you and you have to do your work for us, without us, you are nothing. Yes, mind that.
 
Dah lah, rasanya cukup da apa yang terkandung dalam sudut hati, Oh! btw, kalau rasa nak berkepentingan sendiri dalam berparti ni, ehem, tak payah lah. Bukan apa, time pemilihan ada, time takde apa-apa,senyap sunyi, pana. Hilang, poof! *malas tulis banyak-banyak, takut tersedak sangat kang, kesian lak.
 
Assalamualaikum WBT
 
p/s: sek bek tak aktif dalam politik. seram dengan mereka.

No comments:

Post a Comment