Nuffnang Ads

Wednesday, September 4, 2013

Jangan Jadi Cam Greece Sudah!

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Mesti ada yang dah tidur kan, iya lah, esok Khamis, masih kerja, bagus, kepada yang bekerja, teruskan berkerja, jangan macam-macam okay?

Okay, seperti mana yang kita tahu, minyak RON95 naik 20 sen, bermaksud, subsidi dikurangkan dan harga naik dan ia ditanggung oleh pengguna. Yup, itu dia punya formula, in case ada yang tak faham lah kan. 

Then, hari ni, harga minyak RON97 dinaikkan jugak, 15 sen, sama, maksudnya sama, subsidi, kerajaan tarik dan harga ditanggung oleh pengguna. Formula sama. 

Maksudnya disitu? Yup, keamanan di Malaysia jelas dihargai oleh semua orang. Pengaliran keluar duit RM juga punca kejatuhan ekonomi. Untuk pengetahuan, kot-kot lah ada yang tak faham, ekonomi Malaysia ni takde lah kukuh sangat, kalau kukuh, takkan jadi camni. 

Ada kata-kata, katanya, harga minyak naik, dan harga barang tidak akan naik dan kalau dinaikkan, mereka akan dikenakan tindakan. What the heck? Letih sungguh nak fikir camni. Dan ada jugak kata, isu ni akan reda, dan orang akan move on. Well, well, well, bajet 2014 tak lama lagi dan sudahkan bersedia untuk General Election ke 14? Jangan Abang Najib, takut nanti tergadai kepimpinan. 

Ramai yang kurang yakin dengan kekukuhan ekonomi negara sekarang ni. Tahu tak Greece? Kalau tau fasal Greece takpe, ingat tak yang Greece bagi beberapa pulau kepada Bank Dunia sebab tak mampu nak bayar hutang? Hurrmm... jangan, jangan, jangan. 

Banyak sebenarnya boleh dilakukan untuk mengawal perbelanjaan negara, bukan apa, kadang-kadang, dorang ni berbelanja berlebihan sangat! Iya lah, okay, katanya ada elaun, menteri ada elaun, kalau camtu, kurangkanlah gaji tu, jangan sampai puluhan ribu, kesian orang lain jugak. 

dah lah, kelabu dah mata ni. Pening.

Assalamualaikum WBT

p/s: nak create something for me, tapi mengantuk lak.

No comments:

Post a Comment