Nuffnang Ads

Sunday, September 8, 2013

Jom Hapuskan Rasuah!!!

Assalamualaikum WBT,

Selamat Malam!, Apa khabar di malam hari ni, kat tempat saya Kampung Jenud ni hujan.. agak lebat lah, dan confirm esok, mak saya dah ajak di kebun kejap, tanam cili. Hehehe.. lama saya tak menjejakkan kaki ke kebun tu, well, memang la bukan kebun saya, tapi kena pergi jugak, tengok-tengok kan, gitu! hehehe..

Okay, tadi pergi lagi ke Bentong, hehehe, apa hal? adalaaa... 

Dah-dah, tadi saya terbaca satu artikel Sinar Harian, Sabtu rasanya tak silap lah, walaupun surat khabar tu dah outdated dari satu erti katanya, tapi perkhabaran yang ditulis tu tidak akan lapuk, boleh dijadikan sumber rujukan untuk kita jugek, kan? Tapi baca boleh, tapi jangan percaya 100% sebab takut kita tersalah, bukan apa, surat khabar ni pun banyak menyeleweng. Betul! 

Okay, katanya, "Kita kena hapuskan rasuah dari pihak tertinggi pemimpin", lebih kurang lah, kenyataan ni dikeluarkan oleh pemimpin UMNO dari Kelantan, dia tak jadi menteri dah. Tapi, kenyataan ini memang bagus, Hapuskan Rasuah dan dia ada kata jugak, kena setiap pemimpin kena isytihar harta! Bagus! Kalau camni, kena buat menyeluruh untuk SEMUA pemimpin masyarakat di Malaysia ni, baru betul! kalau tak susah lah nak tahu setelus mana depa kan? 

Tapi ingat tak Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi yang dilantik menjadi PM Malaysia tetapi sempat hanya sepenggal? Sebagai Bapa Permodalan Insan, yang juga melancarkan Islam Hadari dan juga telah membebaskan DS Anwar Ibrahim daripada menjadi tahanan ISA, dan beliau juga memerangi rasuah dalam kalangan setiap orang, tapi Malangnya, beliau hanya menyumbangkan khidmat menjadi PM Malaysia untuk sepenggal sahaja. Entah di mana silapnya, dia tidak meneruskan khidmatnya. Entah lah,

Apa-apa pun, perangi rasuah itu memang sepatutnya menjadi dalam agenda SETIAP persatuan HALAL yang ada dalam Malaysia ni. Kita sendiri tahu impak rasuah kan? jadi, alang-alang nak menjadi Negara Islam apa salahnya menjadi praktikal terus kan? Cam Acheh, Brunei, kalau tak mendadak, slow-slow lah kan, jadi! kita mulakan dengan pemimpin-pemimpin dan isteri-isteri mereka, Takgitu?

*kononnya ramai kata keyboard warriors ramai kat Malaysia dan dunia, apahal pulak Keyboard warriorsnye, ini je medium yang 'halal' untuk tatapan umum, kalau nak cakap depan-depan, dikenakan akta itu, akta ini, kot ye pun, fikir jugak lah kan?

Assalamualaikum WBT

p/s: Cover telefon baru dah!

4 comments:

  1. Hapuskan Rasuah tu rasanya macam mustahil kot nk buat menyeluruh.. Bila ada pihak/individu lantang dan cuba mengheret seorang demi seorang ke muka pengadilan.. hmmm ada shja rintangan kemudian langsung 'didiamkan'

    ReplyDelete
  2. amir zahari : thanks commenting on my blog.

    Betul tu, nak menyeluruh memang payah, tapi bila dah ada yg bersuara cam dalam surat khabar tu, boleh lah dimulakan kembali. "Pendiaman" tu memang biasa berlaku sebab nak cover.

    ReplyDelete
  3. nice entry. i totally agree dgn u. rasuah ni tak habis2. dah macam kanser takpun penyakit turun temurun ..

    ReplyDelete
  4. Liza Licha : yup, kan, memang pun, kalau kanser tahap 4,,huhuh..teruk dah tu...thanks comment..

    ReplyDelete