Nuffnang Ads

Thursday, September 5, 2013

Kenyang Perut, Suka Hati.

Assalamualaikum WBT,

Apakah khabar anda di sana? Saya di sini sihat walafiat. 

Gitu!! ayat surat tak rasmi darjah 4, hahahha... amacam? Ada bran. 

Baiklah tuan-tuan dan puan-puan pembaca saya yang amat saya hormati sekalian, alhamdulillah, saya memask lagi hari ni dalam persiapan untuk menghadapi hari yang mendatang kelak. Wah!!! gitu, ni ayat mintak penyepak pulak. 

Macam-macam jenis ayat sebenarnya, tapi apa yang penting, maklumat atau info yang hendak disampaikan itu sampai ke pembaca. Kalau ayat yang sedih camni nak baca? Baca bawah.

"Saya merupakan insan yang lemah, terlalu lemah untuk mendapatkan sesuap nasi", pastu dirojakkan pulak dengan perkataan yang entah hape-hape, dan dicampurkan dengan perkataan yang membuatkan kita susah nak faham, alih-alih, kita tutup je tab kat blog tu kan? 

Okay, point saya hari ini adalah, 

"Jangan kita membangga diri, kelak merana".

Baik, saya baru je siap lunch. Alhamdulillah, hari ni saya masak daging masak kicap. Nampak senang, tapi Ya Ampun... nak masak daging tu memang susah! liat sikit darging tu, sebab maybe, saya tak rebus sekejap untuk lembutkannya. Tapi, sedap dah! hahahahha... dalam daging masak kicap tu saya letak carrot, kentang dan leak. Sedap! hehehe.. saya suka.

Takyah resepi lah eyh? Lagipun daging masak kicap je. tapi masak daging ni ada satu petua yang pelik tapi somehow it works everytime lah. Masak mereneh daging, letakkan satu atau dua sudu atau garfu untuk melembutkan daging. Kedengaran pelik? Tapi ia menjadi. Yup! Ia menjadi. Tapi kalau daging yang mahal dan cantik, takpayah lah letak sudu, tapi benda ni hanya diapply untuk benda yang ada kuah je. Kalau takde kuah, macamne kan nak reneh kan? hihu... Takkan nak bakar lak sudu dan garfu kan? Please...

tapi hari ni lauk biasa je. Daging masak kicap, ikan kembung goreng dan makanan ruji, nasi putih. Kenyang dah, tapi saya makan sikit je,  nak kurus sikit so, makan sikit je lah kan.
 
Perut kenyang, suka hati...
dah la, nak tengok movie Harry Potter jap, tapi this time saya tengok Harry Potter and Order of Phoenix. Jom!!

Assalamualaikum WBT

p/s: kenyang, erk!

No comments:

Post a Comment