Nuffnang Ads

Monday, September 16, 2013

Movie Turbo tu best!!!

Assalamualaikum WBT,
 
Saya hari ni beli VCD Turbo, sangat seronok. My anak-anak sedara suruh belikan vcd tu, saya beli lah, okay je sebab saya pun nak tengok sekali sebenarnya.
 
 
Biar saya cerita sikit tentang Turbo. Ia mengisahkan seekor siput yang menjalani kehidupan biasa seekor siput yang bergantung hidup kepada buah-buahan dan green plants. Tapi, Theo 'Turbo' ingin menjadi seekor siput lumba yang pantas dan ia mengagumi Guy, seorang pelumba kereta F1 yang sangat berjaya. Namun, ia hanyalah mimpi, dan abangnya, Chet selalu menidakkan impian Theo yang ingin menjadi seorang pelumba.
 
Sampailah satu malam, Theo melarikan diri dan terjatuh di tempat orang mengadakan 'street racing' dan hendak dijadikan cerita, Theo jatuh ke dalam enjin sebuah kereta dan entah macamne, kereta yang berlumba itu menggunakan gas nitrogen kot, entah lah, saya pun tak tahu, tapi ia macam gas yang membuatkan kereta jadi laju tu, kalau dalam filem lah,yang tu lah. Then, molekul-molekul gas tersebut telah menyerap masuk dalam tubuh Theo dan dia berubah menjadi seekor siput yang amat pantas.
 
Nak tahu apa yang berlaku??? haaa... belikan vcdnya, pastikan yang Original okay? kita sokong industry filem Negara, eyh? DreamWorks bukan kat Malaysia kan? ups! sorry.
 
dah lah, sakit mata pandang komputer lelama ni.
 
Assalamualaikum WBT
 
p/s: nak cari vcd lain pulak lah.

No comments:

Post a Comment