Nuffnang Ads

Wednesday, September 18, 2013

Nasi Goreng Kampung Telur Mata a'la Akmall Razlan.

Assalamualaikum WBT,

This is the first time I tulis something in Firefox. Saya rasa ia disebabkan oleh connection yang slow dan ia menyebabkan Firefox tidak mampu untuk download the page. Kesian. Tapi nak buat camne kan?

Baik, hari ni saya masak biasa je. Nasi Goreng Kampung dengan Telur Mata. Yup, nasi goreng je? kedengaran senang kan? tapi sebenarnya, untuk mendapatkan tekstur nasi goreng kampung yang sedap, sebenarnya agak susah..

Okay, tadi memula saya amik bawang besar kisar yang memang dah ada dalam fridge dan saya tumbuk lada kecil hijau, untuk mendapatkan warnanya, *hijau. Saya panaskan minyak dalam kuali, agak-agak lah yer meletak minyak, jangan banyak sangat takut nanti nasi tu terlampau berminyak, tak sedap langsung jadinya nanti. 

Masukkan sesenduk kecil bawang besar dan cili kecil hijau yang telah ditumbuk tadi. Gorengkan seketika, sambil itu, gorengkan ikan bilis sedikit. Setelah masak, masukkan kacang panjang yang telah dipotong kecil. Goreng lagi, then masukkan nasi sejuk anda. Lepas masukkan nasi sejuk tu, kecilkan sedikit api dan kacau bagi ia sebati. Masukkan garam dan serbuk perasa ke dalam nasi. Pastu, rasa lah, kalau tak rasa garam, masukkan lagi. Jangan lupa ikan bilik yang sedang digoreng. Masukkan ikan bilis yang telah digoreng ke dalam kuali nasi goreng tersebut. Rasa dan jikalau sudah masak, sedia untuk dihidangkan.

Untuk goreng telur mata lak, takkan tak pandai kot..hahahha.

Okay lah, saya nak buat kerja sedikit ni. Nanti saya update lagi yer.

Assalamualaikum WBT

p/s: suka memasak untuk keluarga.. hehehe

2 comments:

  1. wow... walaupun telur mata, itu ler yang sodappp kan... hehe

    ReplyDelete
  2. Pn Sheila : hehe.. kan? telur mata tu buat penyedapnya kan? hehe thanks puan sheila sbb komen kat blog saya..

    ReplyDelete