Nuffnang Ads

Friday, September 20, 2013

Penjaga Zoo Di Jerman Mati Dibaham Harimau Siberia.

Assalamualaikum WBT,

Saya ada terbaca berita ni, memang menyayat hati sungguh.

Seorang penjaga zoo yang mempunyai pengalaman selama 56 tahun mati digigit oleh seekor harimau Siberia di Munster Zoo, Jerman. Penjaga zoo tersebut masuk ke dalam kandang harimau tersebut tanpa menyedari bahawa pintu yang mengurung harimau tatkala ingin memberi makannya tidak berkunci. Harimau tersebut menyerang penjaga zoo tersebut dari belakang dan terus menerkam lehernya dan mengigitnya sampai mati. 

 
Martin's body laying on the floor.
Kejadian tragik itu berlaku dihadapan pengunjung zoo di situ. Penjaga zoo tersebut yang hanya dikenali dengan nama Martin menjalankan rutin biasa memberi makan harimau tersebut namun, dia terlupa bahawa pintu bilik kurung harimau tersebut tidak berkunci dan telah menyebabkan harimau tersebut menyerangnya. 

Ketua Pengarah Zoo Munster, Jerman, Jorge Adler menyifatkan kejadian tersebut yang menimpa Martin adalah sebagai satu tragedi dan kemalangan yang disebabkan oleh kecuaian manusia sendiri. 

Sumber - DailyMail UK

Assalamualaikum WBT

p/s: berhati-hati lah.

No comments:

Post a Comment