Nuffnang Ads

Friday, September 13, 2013

Peraturan Basic di Facebook.

Assalamualaikum WBT,
 
Saya ada sesuatu yang hendak diperkatakan, yup. Kebanyakkan orang ada Facebook kan? Well, kalau takde, cuba buat satu.
 
Okay, kalau kita masuk mana-mana group kan dalam FB tu, kebanyakkannya meminta untuk kita meletakkan gambar kita yang sebenarnya sebab nak menunjukkan identity kita yang sebenarnya lah. Ada dua perkara yang penting perlu kita teliti sebelum membuat account FB.
 
1. Nama kita
2. Gambar kita
 
Kalau kita letak nama sendiri itu lagi bagus, tetapi, kalau kita letak nama yang pelik-pelik tetapi menggunakan gambar sendiri, itu takpe, at least, kita nampak gambar kan? ini tidak, ada yang menggunakan nama yang pelik seperti, Matahari Ku Layu, Bulan Di Pagar Bintang, Lantai Marmar, Batu Belah Batu Bertangkup, Kucing Hitam, Kuih Koci Mak Jemah, Mesin Rumput Pak Cik Sebelah Rumah, Nail Polish Kuning, Nail Polish Remover, Lipstick Hitam... dan list goes on. Bukan saya kata tak boleh cuma, kalau anda guna nama-nama camni, at least, gambar yang ada letak tu biarlah gambar sendiri yang memang boleh dilihat oleh mata kasar. Ini tidak, letak nama Kucing Parsi Mintak Penyepak, then letak gambar bunga matahari lepas tu request friend, aduh!! kalau saya tu memang lama lah nak approve. Sorry. Nama tak familiar, gambar entah hape-hape2, minta maaf awal-awal. Subscribe je lah saya. hahahaha..
 
Kalau letak nama sendiri tapi gambar lain, okay lah, contoh, Siti Ruhailah binti Husaini *harap maklum itu nama rekaan, kan, then kalau dia nak letak gambar Kucing Parsi gemuk peliharaan dia, apa salahnya kan? at least, nama dia kita tahu, kot-kot dia kenal kita, dan kita mungkin kenal dia sekali. then boleh la approve. Kan? hihu... tapi nak selamat,tanya je lah jugak pun, tak salah.
 
Kalau kawan-kawan kita yang memang dah kenal, takpe. Tak kisahla dia nak letak nama apa pun, sebab kita memang dah kenal, takde isu lah kat situ, ini nama dah la pelik, letak pulak gambar pepelik, so, kita pun jadi pelik, memang tak approve lah, biar lantak. hahahha..kan?
 
Dah la agaknya, nak tidur esok ada kerja nak buat. kena bangun awal jugak, cam tadi. hewhewhew..
 
Assalamualaikum WBT
 
p/s: tadi buat mash potato...jadi! hahahah


No comments:

Post a Comment