Nuffnang Ads

Wednesday, September 4, 2013

Prima What? Bila Lelaki Memasak.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? sihat tak?

Hehehe,.. hari ni, saya masak 3 lauk. Huahauahua, satu lauk yang saya jarang masak, dua lagi lauk adalah lauk yang saya pandai masak.

First lauk, Gulai Lemak Telur Ayam dengan Kentang.

Risau sebenarnya nak masak sebab saya tak berapa pandai nak bajet santan tu, then sama dengan kunyit, Tak berapa pandai jugak, tapi saya guna kunyit hidup, jadi, rasanya lebih sedap! hahahahaha.. Resepi?

Resepi

6 biji telur ayam or itik
Kelapa 1 biji
Bawang besar
Kentang (4 biji, potong 4)
Serai
Kunyit hidup
Garam kasar
Cili padi 20 - 30 biji
Asam keping 2 keping.

Cara-cara
Mesin kelapa, perah santan dengan air, 3 kali sahaja. (Bahan A)
Tumbuk cili, kunyit hidup, garam kasar bagi lumat. (Bahan B)
Masukkan Bahan A dan Bahan B ke dalam periuk dan masukkan kentang yang telah dipotong 4. 
Masukkan asam keping.
Masukkan serai yang telah diketuk.
Masakkan supaya kentang masak dengan menggunakan api yang sederhana. Kacau dengan kerap.
Setelah kentang masak, besarkan sedikit api dan pecahkan telur dan masukkan ke dalam periuk. Letakkan telur di tempat kuah menggelegak.
*berhati-hati supaya telur tidak pecah sewaktu mengetuk telur.
Masakan untuk seketika dan rasa garamnya.
*jikalau tidak berasa garam, masukkan garam.
 Sedia untuk dihidangkan.

Haaa... itu satu hidangan. Ini adalah kali pertama saya masak gulai telur. Hehhehehe.. ada beberapa biji telur pecah kuningnya, jadi tak bulat lah, hahaha, tapi sedap jugak!!! hehehe..

Lauk yang kedua dan ketiga adalah Gulai Asam Tempoyak Tulang Rusuk Lembu dan Telur Gebu Goreng.

Haaa... nak resepi? Takyah lah kot, biasa je masakan ni, sama cam korang masak. Hehehe..

Assalamualaikum WBT

p/s: saya tak makan sangat pun, saya masak je. hehehe

No comments:

Post a Comment