Nuffnang Ads

Sunday, September 22, 2013

REVIEW : Akademi Fantasia 2013 Minggu Kedua.

Assalamualaikum WBT,

Baru tadi saya balik dari Bentong, tengok anak sedara, anak my sepupu, namanya? Marquis Na'il. Kalau tak silap lah, tapi kami panggil Marquis je. Comel!!! geram je, tak meragam sangat. Cute!!! 

Pastu, OTW balik dari Bentong tu, ada kemalangan di simpang Gesing, Kuala Dong yang mungkin melibatkan kematian. Saya takde lah nak berhenti ke apa, tak nak lah, dah la ramai polis kat situ. kang tak fasal-fasal kena orat. hahahahah! *verangan. kwang2. takde lah. saje je. kan ada pesan Suria FM, "jangan me'nonton' kemalangan, bergerak seperti biasa supaya lalu lintas tidak sesak". *lebih kurang lah. *pesanan khidmat masyarakat ini dibawakan untuk anda oleh, Suria FM. Gituuu...kan!

Okay, sesampai je di rumah, saya mandi dulu lah, macam biasa. Saya jenis yang kalau berjalan malam, kena mandi juga, walau camne pun, kena mandi. Iya lah, kita tak tau apa yang ada kan? hehehe.. 

Siapa tengok AF tadi? Minggu ke dua weh. Saya terlepas minggu pertama last week, so this time, saya tengok lah jugak Akademi Fantasia 2013 Minggu kedua. *saya gagahkan diri menonton. Baik, secara umumnya, AF 2013 ni bagus, arrangement muzik yang baru, fresh, bagus. Ada yang memang great music arrangement to my ears but some, well,it does not worth mentioning it. hehehe..


Saya pasang TV tadi, terus keluar persembahan #suhadaaf2013 yang menyanyikan lagu Hafiz yang memang sengsara saya nak mendengarnya dan orang lain juga perfikiran begitu jugak kot. Then, Darren came out. To be honest, suara Darren tu memang best, tinggi dan clear crystal and Darren, keep on singing your music and put it on Youtube. People know your name now, and you put your own music and your own arrangement that comfortable with singing. Don't you worry about fans, you can gather them there on Youtube. Sebenarnya, suara you memang fresh, saya suka sebenarnya suara #darrenaf2013 . Love it. 

After Darren, it was #aisyahaf2013, kalau tak silap saya lah, saya tak take note pun. Pada pendengaran telinga saya lah, suara Aisyah ni ada potensi, TETAPI, kalau dia buat suara yang macam dibuat-buat tu, yang besar2 tu, no way girl! memang tak best, suara you yang lemak-lemak merdu tu sebenarnya dah cukup, tak yah nak buat-buat suara tu. Tak elok pun sebenarnya, rosak tekak. Pitching? well, Roslan Aziz #roslanaziz cakap, pitching you ada masalah. Hell!, I do no know about pitching. I need to learn more. hehehe.. but, cantik baju you Aisyah, saya suka. 

Then, keluar pulak, #amiraaf2013 nyanyi lagu Dato' Siti Nurhaliza, Pastikan. *saya tahu lagu tu dan banyak perkara yang Fakulti patut tengok pada kemampuan Amira. Nak-nak, pakai kasut tinggi nak mampus lepas tu dengan lagu RANCAK? Lagu Pastikan tu sebenarnya lagu rancak dan walaupun diberi nafas baru, tetap RANCAK. Kalau nak baladakan lagu, makesure ia betul-betul balada, put a piano and she just sing it in the middle of the stage. Tapi, kalau nak buat lagu Pastikan tetapi nak tukar cara nyanyi dan put things that really did not matter to that song, memang tak patut. Memang tak bagus. Kalau nak tukar, tukar the whole thing. Memang best sebenarnya lagu tu ditukar kepada balada. Suara Amira ni bukan macam suara wanita lain, dia dah ibarat Cher lah, *boleh compare ke? tak kot, no no. Kalau korang kenal Cher, suara dia tu Dramatic Contralto kot, tapi dalam group Contralto lah. Tapi dah la cakap sal Amira, tapi saya admire suara dia, sebenarnya, kalau not overdone cara nyanyian dia, everything would be great.

Lepas tu, Nona nyanyi. Saya tak dengar sebab saya pergi bilik air, sakit perut.tapi2... baju yang dipakai masa persembahan tu memang nazak! kenapa pilih baju tu? takde baju sesimple ke? payah sangat ke nak cari baju sesimple then bagi pakai kat dorang? siapa stylist???  hehehe..pastu, #azhaelaf2013 nyanyi kan? Itu saya dengar, dorang nyanyi lagi Ella, *flip hair to side. Sepi Sekuntum Mawar Merah kan? kalau tak silap tajuk dia lah, tapi dorang nyanyi memang best! Front runner dapat nyanyi last. Kelas. Memang best. Tinggi memang tinggi, low memang low suara dorang. Tak pandai menari? Hello.. Mawi dulu pandai sangat ke menari kan? gitu... 

Then the Tarian Menuju Puncak! Ya Ampun, sekian terima kasih. Eyh!! saya tak komen lagi eyh. Baik, kalau semua nak tahu, tarian yang paling saya ingat dah suka adalah Tarian Menuju Puncak Akademi Fantasia 2, di mana, mereka sungguh bersungguh-sungguh dalam menari-kan lagu tersebut. Lagu itu adalah lagu keramat dalam Akademi Fantasia, just keep it simple and yet have punch! tapi the way I saw the 'bintang' danced the lagu Menuju Puncak, please forgive me for saying this. I am not really sure what are they doing, I thought they free-styling and not dancing. Of course. Azhael already said that they are not that good in dancing. And RAPPING in the middle of the song? Dengan tarian yang begitu, do they need rapping? Really? please. Just remember the steps and your rapping Suhada is bad. Sorry.

Kenapa saya memberikan komen? kritik program ni? Mungkin ada yang beranggapan, "eleh, dia tak pandai nyanyi pun, kritik mengalahkan Simon Cowell", Well, Simon Cowell tu menyanyi ke saya nak tanya? tak kan? so? But, he has the knowledge and they way I see his potential to critic is amazing. *macam saya lak kritik Simon. hahaha.. no no no... I know thing or two about music business too. I watched Channel E last night and I watched Jessica Simpson struggles with her music career and her Columbia music personnel said, "Music industry is temporary and cruel". So, keep on doing what you do best and just pray one day things that you have done could pay the bills. Yup.

Camtu la, punya hebatnya music industry. Di mata peminat, music industry ni hebat, nampak gah, artis disanjung tetapi realitinya. Ada jugak juara AF yang tidak berjaya, ada juga juara Bintang RTM yang tidak berjaya, ada juga juara American Idol yang tidak mampu untuk mengukir nama sebaris dengan pemenang Idol yang lain seperti Kelly Clarkson, Carrie Underwood, Jordin Sparks. 

Pokok pangkalnya, AF adalah sebagai platform untuk mengukir nama dan permulaan untuk famous tetapi ia tidak membantu hingga ke akhirnya. Usaha diri sendiri adalah diperlukan. Betul tak barisan tenaga pengajar dan Inspirers di Fakulti? kan?

Wahahh.. terpanjang pulak. harap para Bintang #af2013 dapat membaca coretan saya ni. Search tahu, sekarang korang dah diberikan telefon seseorang, so, search blog saya ni okay? hahaha *traffic maut.

Dan kepada Zizan Razak, belajar lagi okay? Tengok AF dedulu masa zaman Pak Nil dan jugak tengok cara Ryan Seacrest mengacarakan American Idol, you might find something there too, okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: hehehe.. gedik tak komen saya?

No comments:

Post a Comment