Nuffnang Ads

Sunday, September 29, 2013

Saya Telah Belajar Nak Buat Peplum,,,,yeay!!

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, hari ni saya telah belajar buat Peplum dress.. walaupun orang dok cakap peplum ni dah outdated trend kan, tapi meh sini saya nak tanya, 

"ang pandai buat tak peplum????" 

Main kasaq na? chek bukan apa, saja ja nak try cakap Penang sebab chek ada kawan duduk kat Penang, lama tak cakap dengan dia.. Dia pun dok sibuk ngajaq budak sekolah, chek malaih ar kacau dia. Hehhee. Mila Said, aku cakap fasai ang lah ni...

Orang ada Instagram, Saya pun ada Instagram.. tapi dalam Instagram tu takde la gambar pelik-pelik, yang paling pelik pun, gambar saya selfie. Hahahahahha... Camera does lie, kalau tak guna perfect angle for your own face, then, jangan mengada nak post okay...hahaha.. takut nanti tak kenal diri sendiri.

Eyh, btw, tadi saya cakap saya belajar buat peplum dress kan? Saya belajar di Kolej Komuniti Raub yang mana, kursus tersebut adalah kursus sehari sahaja, dan alhamdulillah, saya dapat menyiapkan dress tu 80 per cent. 20 per cent lagi? tak sempat, masa tak cukup, hihu, biasalah, cikgu tu ajar basic dulu, then kalau nak advance beli buku, belajar dalam buku, gitu, kan?

Tapi apa-apa pun, hari Sabtu adalah hari yang dipenuhi dengan aktiviti yang menarik. Alhamdulillah.

dah lah, mengantuk lak.

Assalamualaikum WBT

p/s: thinking and thinking.

5 comments:

  1. Nadhirah Ahmad : InsyaAllah, tapi kena siapkan semua dulu..hehehe

    ReplyDelete
  2. wah. eksaited.. nanti mungkin boleh dihulur sehelai dua? hehe

    ReplyDelete