Nuffnang Ads

Monday, September 30, 2013

Tulis Fasal Anak Pun Kena Maki?? Aduuhhh.. Pening.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? Sihat tak? 

Baca tak blog Encik Ben? Kalau tak baca, sila pergi kat bloglist saya tu. 

Kesian dia kan? Tulis fasal anak pun kena kutuk, tulis fasal diri sendiri pun kena kutuk, pastu nak tulis fasal apa? Orang mungkin pandang remeh fasal blog ni. Menulis bukan hanya menyampaikan maklumat,kadang-kadang ada perkara yang kita rasa nak share tapi takde la cam berita gempak sangat kan? tapi tetap rasa nak share. Tak salah langsung, janji niat kita nak share tu bagus. 

Saya banyak baca blog, orang kongsi macam-macam jenis perkara, ada yang kongsi fasal anak (Encik Ben), ada yang kongsi fasal berita-berita menarik (Lulu), ada yang kongsi fasal makanan (Encik Mat DTS, Kak Jee dll), ada yang kongsi fasal kehidupan seharian (Mak Dara, saya, dll). Ini semua adalah pandangan masing-masing, janganlah kerana diri sendiri tak suka baca, kita kutuk dan keji pihak yane menulis isi yang ditulis, kalau tak suka, jangan baca, tapi kalau tak suka juga, cari jalan untuk nyatakan isi hati tu, cakap lah elok-elok. Saya pun dulu pernah kena, anon cakap, blog saya buruk, blog gedik, blog suka cari fasal, blog provoke. Mungkin pada masa itu, saya masih mencari gaya tulisan yang sesuai dengan diri saya. Jadi, segala cemuhan dan kritikan itu saya ambil dengan perlahan lah.

Saya juga membaca blog-blog yang biasa-biasa, blog kisah catatan harian. Pada saya, blog ini adalah diari catatan harian tetapi tidak semua kita kongsi dalam blog ini. Ada benda yang kita boleh kongsi, ada benda yang kita perlu simpan. Betul tak? 

Minat terhadap sesuatu adalah subjektif. Begitu juga blog, ada orang suka letak lagu dalam blog, saya tidak, jadi, itu semua adalah minat tetapi, kepada pembaca yang mungkin juga ada blog, kalau tak suka carilah jalan yang baik untuk nyatakannya. Janganlah terus serang camtu je. Betul tak?

Tapi apa-apa pun, semakin dikenali sesuatu blog itu, semakin banyak cabaran. Begitu juga manusia, semakin banyak ilmu, semakin banyak cabaran dan semakin glamour seseorang itu, semakin banyak cemuhan. Manusia, biasalah.

Assalamualaikum WBT

p/s: terasa pakar motivasi tak bertauliah pulak!!! hahahah

2 comments:

  1. ermm.. macam ternampk org buat post psl ni tadi. hehe..

    btw, tu la manusia. kalau awak post psl kucing nnti dikatanya xsuka manusia. org cmtu pon ada :)

    ReplyDelete
  2. Liza Licha : Kan... pelik manusia ni...

    ReplyDelete