Nuffnang Ads

Friday, September 20, 2013

UMNO Terbahagi Kepada Dua???

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? kemaafan dipinta sebab lama tak update blog. 2 hari rasanya, kesian kan? saya bergantung penuh kepada internet yang diberikan oleh kerajaan.

Baik, tadi saya pergi ke pejabat UMNO, ayah ada hal. Saya pun masuk sekali, cam biasa lah, saya duduk je. hahaha.. ada pak cik ni tanya, "dah mengundi ke?", saya jawab, "dah, saya dah mengundi dah", "Baguslah kalau macamtu", pak cik tu cakap. 

Lepas tu, terdengarlah saya akan satu perbincangan, kan sekarang ni hangat UMNO nak pemilihan parti tu kan? okay, takde hal lah tu, biarlah, tetapi, ada pak cik ni cakap, dalam UMNO ni, ada dua jenis manusia. *dia cakap bukan saya!, Dua jenis manusia ini adalah mereka yang kadang-kadang, mampu memberikan kesan kepada UMNO. 

Satu adalah Orang UMNO dan satu lagi adalah Ahli UMNO. Nak tau perbezaan diantara kedua-dua jenis ini? Baik, saya start with Ahli UMNO. Ahli UMNO adalah mereka yang lebih membangkang. Mereka ingin dalam UMNO tetapi, mereka akan ada masalah jikalau apa yang diusulkan oleh pemimpin mereka tidak menepati apa yang mereka fikirkan. Ahli UMNO juga merupakan mereka yang kadang-kadang mempunyai agenda mereka tersendiri. Mereka adalah ahli sahaja, ahli di kad UMNO dah tidak ahli dihati. Mereka juga akan cuba menaikkan pemimpin-pemimpin mereka yang mereka rasa layak untuk mempimpin mereka dan juga ahli-ahli lain. 

Manakalu, Orang UMNO adalah mereka yang betul-betul berjuang BERSAMA UMNO itu sendiri. Cukup kan definisi itu?

Tapi, apa yang saya cuba tegaskan kat sini adalah, berparti, berparti juga, tapi jangan lupa asal usul dan agama kita. Okay?

Assalamualaikum WBT

p/s: tidak saya mengatakan mana-mana parti adalah benar. Sekian, terima kasih.

No comments:

Post a Comment