Nuffnang Ads

Tuesday, October 1, 2013

Akademi Fantasia 2013 : REVIEW Konsert Minggu-3.

Assalamualaikum WBT,

Apa khabar semua? 

Tadi saya sempat menonton seketika AF Buzz yang menampilkan Zizan dan juga Hanis Zalikha (Kek Nis) sebagai hosts dan tetamu jemputan untuk edisi tadi adalah Syafinaz Selamat. I was wondering kot-kot lah Syafinaz boleh masuk dalam kelas and bagi teknikal singing or whatever lah kan, tapi, sebenarnya ia bergantung kepada those students themselves, bawak lah Mariah Carey sekalipun, kalau dorang tak nak, tak jadi jugak kan? hihu..


Okay, mari review Persembahan mereka untuk Minggu ke 3.

1. Irmisa - Sebelah Jiwaku -Jaclyn Victor

Ok, kalau nak diikutkan, Irsa boleh menyanyi sendiri and bawak je lagu tu secara solo dan masuk AF secara solo sebab apa? dia memang boleh menyanyi and to be honest, her sister is holing her back but I dont know, they have got to prove to their audience that they actually have something to be showed kalau tak, padanan suara Irmisa, memang agak goyah. Maaf cakap, saya tak suka, they need to harmonise, kalau tidak, memang payah. Payah.
Bintang : 4/10

2. Suhada - Belaian Jiwa - Tan Sri P. Ramlee

Suhada cakap, lagu Belaian Jiwa ni adalah lagu kegemaran mereka. Really? Cause I dont think that he comfortable singing that song. Bukan apa, kalau sesebuah lagu terlampau diubah melodynya, ia akan immediately mengubah mood lagu. Mood lagu akan terganggu dan apa yang hendak disampaikan di dalam lagu, tidak akan sampai kepada audience. Lagu Belaian Jiwa ni memang sangat classic, tapi, with new arrangement, I could not see the classic element, it was too over the top. Dont like it. Sorry.
Bintang : 5/10

3. Iman - Noktah Cinta - Hafiz Suip

Iman ada cakap kan, dia tak selesa bawak lagu Noktah Cinta ni, tapi dia sahut cabaran dan dia terkeluar. So, jangan sahut cabaran kalau nak selamat camtu? takde lah, dia keluar sebab pengundi tak undi itu je. To be honest, suara Iman ni sedap. He has this good voice, the quality his voice could be much better if he gets proper training. He could just hit high notes with ease. C? boleh rasanya. Sayang dia keluar, tapi nak buat camne kan?
Bintang : 6/10

4. Amira - Getaran Jiwa - Tan Sri P. Ramlee

Amira, Amira, Amira. Dia ni ada suara yang agak sedap sebenarnya, cuma, her problem is, yang saya dapat tangkap lah, dia ada this cara sebutan yang agak weird tau. I dont know lah, mungkin saya lah yang bermasalah, tapi kadang-kadang cara sebutan dia tu menjadi masalah bagi saya. But, that night, she stole the show kan? with just piano and her voice, she was like the centre of the attention. Siapa yang bagi cadangan untuk buat camtu, memang bagus, ia menyerlahkan lagi suara Amira yang besar itu. Btw, energy and dynamic kena jaga eyh? belajar lagi.
Bintang : 9/10

5. Faizul - Gerimis Mengundang - Zamani Slam

Malam tu sebenarnya, Faizul menyanyi dengan baik. Emosi sampai, dan saya rasa pakaian tidak menjadi masalah jikalau suara baik. Memang, pakaian adalah part of performing arts tapi exception would do here, sebab dia menyanyikan lagu yang tak perlukan all suit up kan? Tapi mungkin Roslan Aziz tak suka sebab fashion dia lebih baik. Mungkin, or mungkin he should give fashion tips and advices to all those pelajar. Who knows kan, everyone boleh jadi cantik dan menepati standard pemakaian. 
Bintang : 7/10

6. Azhael - Khayalan - Ruffedge

2 kali salah masuk? and STANDING OVATION? Really? Are you sure? Bukan apa, kalau nak memuji pun, biarlah berpada. Salah pun kena puji, yang nyanyi okay tak nak pula puji kan? Tapi sebenarnya, Azhael memang tiap-tiap minggu menyanyikan lagu dengan baik dan bagus. Dorang memang mempunyai pendengaran terhadap harmoni dengan baik. Wish Jaclyn Victor masuk Fakulti dan jenguk Hael kan? hihu....
Bintang : 8/10

7. Aisyah - Tunggu Sekejap - Tan Sri P. Ramlee

Versi Tunggu Sekejap dari Aisyah ni sebenarnya agak bagus, tetapi, di tiap-tiap akhir note lagu dan patah lagu tu, cuba maintain kan, jangan terus bawah jatuh. No no no, not good, sebab, mungkin sesetengah orang suka cara nyanyi Aisyah tu, tetapi bila dah masuk AF ni cuba perbetulkan, sebab kadang-kadang cara nyanyian akan effect penyampaian teknikal nyanyian. So, perbetulkan cara nyanyian, perbetulkan teknikal nyanyian dan pada masa yang sama, develop lagi cara nyanyian Aisyah tu, okay?
Bintang : 7/10

8. Nona - Srikandi Cintaku - Bloodshed

Nona ni mempunyai suara yang bagus, tetapi kadang-kadang, dia sukar mengawal vokal tu. Ia seperti tidak sampai dan yang paling obvious sekali adalah dia tak memorable. Tidak diingati. Cuba cari sesuatu yang boleh membuatkan orang mencari-cari Nona, nama dah sedap, memang nama wanita tetapi, nyanyian? adakah orang ingat Nona? Entah...
Bintang : 5/10

9. Indah - Pelitaku - Zur Eda

Ini sebenarnya adalah lagu kegemaran saya. Iya, saya sangat suka lagu ni dan cara Zur Eda. Dan bila Indah cakap, "saya tak tau la lagu ni dan saya tak sempat nak belajar lagu ni" well, that is the challenge. Nanti kalau dapat lagu baru camne? Kan? Tapi overall, the vocal Indah bawa was great tapi kalau nak tau lah, Zur Eda mempunyai suara yang agak kasar dan contralto lah, low note, tapi, dia bawak lagu ni best, dan Indah did justice on this song. Love it.
Bintang : 7/10

10. Nabila - Berlari - (Tomok)

Nabila, where do I start? First of all, Nabila kena berterima kasih kepada semua pengundi Nabila kerana mengundi Nabila dan mengekalkan Nabila dalam AF. Sorry lah, bawa Ogy Ahmad Daub pun tak boleh jalan jugak, kenapa agaknya? Pada malam tu, lagu yang dibawa ni memang tak masuk langsung dengan suara Nabila. She might need to do something kalau dia nak kekal dalam AF, well, at least, kalau dia keluar, dia tidak merasa sakit hati kan? Iya, persembahan bagus, kalau keluar, ia akan menyedapkan hati, tapi kalau persembahan tak bagus dan kena kritik kaw-kaw lepas tu terkeluar? Camne? sakit hati kan? Suara Nabila ni sebenarnya unik dan ia memerlukan lagu yang BENAR-BENAR padan dengan suaranya, kalau tidak, ini lah jadinya, minggu dan still nothing. Kan?
Bintang : 4/10

Lagu bonus : Good Time by Owl City and Carly Rae Jepsen

Dalam lagu tu, ada tulis "It's always a good time". Really guys and girls? really? Well,  sebenarnya, lagu ni memang pop-candy lah. Lagu yang fit for any vocals, siapa-siapa boleh nyanyi along kan? hihu.. Lagu best, students nyanyi?



Waahhh habis juga review dan pelajar yang terkeluar kerana mendapat UNDIAN terendah adalah Iman

Assalamualaikum WBT

p/s: Ada orang baca jugak review saya ni..hehehe

No comments:

Post a Comment