Nuffnang Ads

Tuesday, October 22, 2013

Asal- Usul Kampung Jenud, Kampung Saya.

Assalamualaikum WBT,

Okay, baiklah, semua tahu yang saya berasal dari Kampung Jenud, Raub, Pahang. Kampung Jenud, pelik sikit nama tu bukan? 

Baiklah, nama kampung saya ni berasal dari zaman dulu-dulu lagi. Maksud Jenud/Jenut adalah salt lick, tempat haiwan menjilat garam, sira. Menariknya, pada masa dahulu, dikatakan, sebelum kampung saya ini diterokai sebagai sebuah 'bandar metropolitan', *kawan saya cakap, lempang sekor2.hahaha.. tempat ini adalah tempat berkumpulnya haiwan untuk menjilat mineral yang ada di tanah. 

Tahu tak bahawa garam adalah penting dalam tumberasan badan. Garam mempunyai potassium, dan ia bertindak alat bantuan untuk pembentukan sel otak, darah dan juga gigi dan tulang. So, haiwan takde lah nak beli garam or sumber mineral dari kedai-kedai, time tu, kedai pun takde kan. Jadi, certain animals boleh detect mineral dalam tanah, hebatkan kuasa Allah SWT, garam yang takde bau tu pun boleh didetect kan? 


Berbalik kepada Kampung Jenud saya tadi, dipercayai bahawa, pada zaman dahulu ada banyak haiwan yang turun dari hutan dan datang ke jenud ini untuk menjilat garam or mineral yang ada di dalam tanah. Maaf, saya tidak tahu bagaimana haiwan menjilat garam, tetapi apa yang saya tahu adalah, dicertain-certain tempat di kampung saya ini ada seperti batu-batu yang mungkin ada kaitan dengan pembentukan garam tersebut. Di hadapan rumah saya ada batu-batu yang mungkin terbentuk dari garam mineral pada zaman dahulu. Who knows kan? beberapa garam yang ada dalam jenud haiwan itu adalah micronutrients that exist at these sites, including Selenium (Se), Cobalt (Co) and/or Molybdenum (Mo).


Itu saya dapat dari Wikipedia, tapi takde lah saya nak mengumpul bahan bukti untuk menunjukkan kehadiran garam dalam tanah tu kan, mana lah saya tahu nak buat camne. hahahha.. saya bukan budak sains. Tapi rasanya, ada haiwan seperti khinzir yang selalu mengorek tanah untuk mendapatkan mineral kot.. tapi entah lah, mungkin dia makan cacing or entah lah. Saya pun tak tahu..hahahha


Jadi, berbalik kepada nama kampung saya tadi, sebenarnya, memang banyak binatang liar yang ada di kampung saya ni dahulu sebelum projek pertanian dijalankan. So, sekarang, ia semakin berkurang dan kebanyakkan haiwan ini telah lari ke hutan lain. Aritu, my abang with a few of his friends kan, pergi ke dalam hutan untuk mencari apa entah, mereka bukanlah terserempak, tetapi, mereka mendengar bunyi pak belang. huhuhuhu.. pak belang weh.. see.. ada harimau bagai tempat kami ni. Walaupun tempat kami adalah 'bandar metropolitan', tetap kami menyayangi haiwan, gitu!! hahahha.

Bandar metropolitan itu diberikan oleh kawan-kawan saya. Sebab before this, I have to like put the broadband with wired pada kayu then letakkan near to my roof untuk dapatkan signal. Sadis bukan? So, they came out with such name to mock me.hahahha.. sengal sekor2. Lempang laju2.

Okay, dah la kot, mungkin korang dah dapat sedikit sebanyak mengenai Kampung Jenud saya ni, nama kampung korang pulak? Camne dapat?

Assalamualaikum WBT

p/s: Camtu lah, dengar cam pelik dan menipu kan? but, its the truth.

4 comments:

  1. wah hebat tu tahu asal usul kampung. i ni tau duduk je. asl usul tak pernah tau pon. haha

    ReplyDelete
  2. mmg haiwan dapatkan garam dr tanah di kawasan tertentu..xpelik pun..

    ReplyDelete
  3. Liza Licha : kan.. takpe.. Liza originally dari mana? tak salah tahu sedikit fasal asal usul kampung sendiri...

    ReplyDelete
  4. Nazirah : itu lah.. tempat aku salah satu daripada tempat tersebut. hihu...

    ReplyDelete