Nuffnang Ads

Thursday, October 3, 2013

Belajar buat Vest.

Assalamualaikum WBT,

Alhamdulillah, siap jugak akhirnya saya punya pola untuk vest or waistcoat. Banyak nama bagi vest ni, tapi mana-mana pun boleh, panggil waistcoat pun boleh, takde masalah.

Tadi saya pergi giat, tanya cikgu Izam camne nak buat vest, alhamdulillah, cikgu yang memang baik dan dia memang sangat ingin membantu saya. Iya lah, lepasan giat yang amat dia sayangi kan? hahahha. *kalau kak miza baca ni, mau muntah...hahahaha... tetiba termengandung lagi..hahaha.. 



okay, back to the topic. Segalanya untuk mengukur ada diberitahu pada saya, alhamdulillah, nanti kot-kot nak buat vest bunga-bunga ke kan...hahahha. dah pandai. Ni nanti, bila dah siap, saya tunjuk dan kalau dalam entry-entry lain tu kata nak tunjuk kan? maksudnya, tak siap lagi lah... hahahaha.. kesian kan. takde masa wehh.. banyak benda nak buat.. huhuh.. pening.

salah satu sebab nak buat vest adalah, 

1. kat pasaran takde vest saiz saya.
2. nak vest yang bunga-bunga
3. nak vest yang ada kotak-kotak *corak
4. nak vest yang selesa
5. tak perlu jahit tepi

Esok, insyaAllah, kalau hari tak hujan saya akan pergi ke kebun dengan mak then dah siap g kebun, saya akan terus ke giat lah. hehe... mak kena tolong juga, siapa lah kita kalau tak tolong mak kan? gituu...

dah lah, saya nak kemas bilik jap. 

Assalamualaikum WBT

p/s: kipas dah tak bunyi.. sebab baru pas basuh. hehehe

4 comments: